Program Tahfiz Muda isi masa cuti

- Advertisement -
KEMAMAN: Pusat Tarbiyah Islam Binjai (PUTIB) mengambil inisiatif menganjurkan program Tahfiz Muda khusus sempena cuti sekolah agar para peelajar didedahkan dengan kegiatan berfaedah dan mengelakkan mereka terjebak aktiviti tidak bermanfaat.
 
“Cuti sekolah adalah waktu yang paling sesuai dimanfaatkan dengan program-program pembentukan kerohanian, akhlak dan pelaksanaan ibadah yang mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T.
 
“Program selama dua hari satu malam akan berlangsung mulai esok, 1 dan 2 Disember, terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 
10 hingga 15 tahun.
 
“Sedikit bayaran dikenakan, RM60 untuk seorang dan jika dua orang atau lebih hanya RM50, tawaran menyertai program ini masih terbuka, hubungi saya di talian 019 9314919 jika berminat,” kata Pengarah Tahfiz Muda, Nik Ismail Ali.
 
Beliau memberitahu, pasangan guru tahfiz dua beranak dari Medan, Indonesia iaitu Ustaz Abu Hasan Al Hafiz dan Ustazah Nadiatul Husna Abu Hasan Al Hafizah akan bertindak sebagai pembimbing intensif program.
 
Menurutnya, amat rugi cuti sekolah tersebut tidak dimanfaatkan dan anak-anak menghabiskannya dengan bermain sahaja.
 
“Sekurangnya dengan adanya program sebegini, kita dapat mengisi masa terluang anak-anak remaja dari mereka terlibat gejala yang tidak sihat di luar sana dan pada masa sama memberikan pengisian rohani kepada mereka,” kata Nik Ismail lagi. – HARAKAHDAILY 30/11/2017
- Advertisement -