Kerjasama Khidmat Malaysia dan Bomba siap hadapi banjir

- Advertisement -
KEMAMAN: Khidmat Malaysia kini dalam keadaan siap sedia untuk berhadapan dengan kemungkinan musibah banjir berdasarkan perkembangan cuaca semasa.
 
Sehubungan itu satu pertemuan muhibbah antara Bomba dan Khidmat Malaysia diadakan dalam membincangkan penyelarasan kerja-kerja bantuan di Balai Bomba Kemaman, di sini semalam.
 
Timbalan Penguasa Bomba Zon Dua Terengganu, Mohd Amin Zakaria yang mewakili pihak Bomba berkata, sebanyak 78 pusat pemindahan telah ditetapkan oleh kerajaan untuk kawasan Kemaman di mana Chukai sahaja terdapat 15 pusat pemindahan banjir.
 
“Apabila berlakunya banjir, minta sokongan untuk melapor di Pusat kawalan bomba (PKB) atau Polis,” katanya.
 
Timbalan Ketua Unit Prasarana dan Peralatan Khidmat Malaysia Kemaman, Johan Ismail berkata, dari segi pengangkutan pihaknya mempunyai 20 bot, 100 kenderaan 4×4 dan lori.
 
“Untuk Komunikasi, 10 pusat perhubungan telah kita mulakan operasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan antaranya Air Putih, Seberang Tayor, Pasir Gajah dan Pasir Minal,” tambahnya.
 
Pengerusi Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata kerjasama dan penyelarasan gerak kerja antara Bomba dan Khidmat Malaysia penting bagi melancarkan bantuan kepada mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 1/12/2017
- Advertisement -