Ikan singgang ubat kanser?

- Advertisement -

SAYA bertanyakan Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif, NC UniSZA mengenai sebaran media sosial yang memetik bahawa ikan singgang UBAT kanser. Kenyataan itu dibuat dalam satu mesyuarat jabatan.

- Advertisement -

dr suhazeliSaya kira, penulis asal facebook salah faham ucapan yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi. Ikan singgang adalah diet SESUAI untuk pesakit kanser dan survivor, bukannya UBAT KANSER. Kefahaman ini perlu diperbetulkan agar masyarakat tidak salah anggap bahawa ikan singgang atau makanan cita rasa tempatan itu sebagai “ubat” gantian dengan ubat kanser seperti kimoterapi, radioterapi dan sebagainya.

Menurut Prof Ahmad Zubaidi, satu kajian telah dijalankan oleh pensyarah UniSZA mengenai diet yang sesuai bagi pesakit kanser dan survivor. Prof Lua Pei Lin telah membuat kajian bahawa ikan singgang dan makanan tradisi lain boleh meningkatkan selera makan dan menaikkan zat pemakanan sesuai kepada pesakit kanser.

Satu applikasi telefon pintar bernama CanDi telah dibentuk bagi membantu para pesakit kanser yang selamat menjalani rawatan memilih pemakanan yang sesuai. Aplikasi telefon pintar CanDi ini memberikan tatacara pemilihan makanan yang sesuai, nasihat-nasihat pemakanan secara interaktif. Ia bersesuaian dengan cita rasa lidah bangsa Malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Play Store atau Apple Store.

Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
30.11.2017
Istanbul, Turkey – HARAKAHDAILY 30/11/2017

- Advertisement -