Memo rakyat gesa isu HSBE ditangani

- Advertisement -
 DESAKAN DAN PERMINTAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN AGENSI TERLIBAT BERHUBUNG ISU BUKIT ENGGANG
 
1.      Pembalakan dan penggondolan Hutan Simpan Bukit Enggang di kompartmen 12, 13, 14 dan 15 diberhentikan serta merta dan sebarang kelulusan atau hasrat meneruskan penggondolan di bukit berkenaan di kompartmen lain dibatalkan.
 
2.      Tanaman yang wajar ditanam semua selepas kemusnahan hutan asli adalah spesis pokok hutan asli juga dan tidak akan ditebang lagi pada masa hadapan, melainkan telah mencapai tahap yang mengizinkan ia diusaha hasil secara lestari. 
 
3.      Kerosakan infrastruktur air masyarakat dan kesan lumpur di kampung sekitar harus dibayar gantirugi.
 
4.      Menteri Besar Incorprated (MBI) menggunakan sepenuhnya pendapatan daripada penjualan kayu kayan balak dari hasil Hutan Simpan Bukit Enggang untuk aktiviti kebajikan bagi dimanfaatkan terus masyarakat kampung di Sik secara saksama.
 
5.      MBI berhenti dari membabitkan diri dalam aktiviti membalak untuk mengaut untung mudah, yang lebih mendatangkan kemusnahan berbanding manfaat kepada orang ramai.
 
6.      Kerajaan Negeri Kedah meneroka hasil baru perhutanan melalui pasaran industri carbon credit melalui REDD dan REDD+ sebagai hasil pemuliharaan hutan seperti yang diterokai oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Semua agensi berkaitan harus segera bergerak ke arah merealisasikan kaedah tersebut untuk kepentingan kehidupan kita dan generasi akan datang.
 
7.      Kerajaan harus peka dan sedia mendengar pandangan dan permintaan masyarakat dalam isu-isu penerokaan hutan untuk faedah bersama.
 
8.      Bukit Enggang dibebaskan daripada sebarang penggondolan akibat aktiviti penerokaan, pembalakan atau pengkuarian. Biarkan ‘Srengenge’ terus berbakti kepada masyarakat Sik seperti kewujudannya ribuan atau jutaan tahun lalu.
 
 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Negeri Kedah
 
AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Bukit Enggang
 
SHAHARIZULKIRNAIN ABDUL KADIR
Pengerusi Rakan Alam Malaysia
 
AZIZ MAN
Sahabat Alam Malaysia
 
AZIZAN OSMAN
Teras Pengupayaan Melayu – HARAKAHDAILY 28/11/2017
- Advertisement -