Tiga jalan kejayaan disabda Rasulullah S.A.W

- Advertisement -
SAHABAT Rasulullah bertanya dengan satu soalan:
 
يا رسول الله 
 ما النجاة 
“Wahai Rasulullah, manakah jalan kejayaan?” 
 
Satu soalan yang ringkas, tetapi pengertiannya adalah sangat dalam. An-Najah, kejayaan yang sering difahami dan digunakan sekarang ini sistem nilai kejayaan itu berdasarkan kepada kebendaan. Orang itu berjaya dalam hidup apabila dia jadi seorang yang kaya-raya, ada motor car besar, rumah, kemudahan-kemudahan lain ada pada mereka. Tapi Nabi tak jawab begitu, Nabi tak kata apabila ada rumah besar, apabila ada kekayaan, apabila ada kemudahan hidup, maka itu lah kejayaan, An-Najah
 
Nabi kata, dia bagi tiga saja, ini perlu kita ambil perhatian. Yang pertama ialah 
 
ابكي على خطيئتك 
“Tangislah atas kesalahan-kesalahan yang telah kamu lakukan.” 
 
Nak berjaya, kita kena menangis kalau ada kesalahan yang kita lakukan. Tapi orang tak pernah diajar begitu, tak pernah ditonjolkan nilai itu, tangisan apabila kita bersalah, bertaubat kepada Allah S.W.T. Yang ini yang sepatutnya. 
 
Yang kedua, 
 
 أمسك عليك لسانك
“Pelihara lidah.”
 
Sebab lidahlah yang selalunya membawa kepada permusuhan, pergaduhan dan kucar-kacir dalam masyarakat disebabkan oleh lidah. Cuba tengok sekarang ini kita dah dekat dengan nak masuk pilihan raya, lidah berperanan, fitnah-fitnah cukup banyak, orang melepaskan cakap ikut sedap hati, orang itu tuduh orang ini penyamun, perompak, pencuri, penipu, semua itu berpunca daripada lidah. 
 
 أمسك عليك لسانك
“Kawal lidah kamu.” 
 
Bukan tak boleh, bukan tak boleh bercakap, tak payah bercakap, tak. (Tapi) bercakap hal baik saja. 
 
من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik ataupun senyap.”
 
Tak payah bercakap, ataupun kalau kita bercakap itu boleh, yang hai betul pun boleh membawa kepada pergaduhan, perselisihan, malapetaka, berhenti. Sebab itu ulama kata kalau hal baik dengan hal buruk itu sama je. Kalau kita cakap, ada kebaikan, ada keburukan, tak payah bercakap, berhenti dulu, tak payah bercakap, sebab bimbang keburukan itu akan mengatasi kebaikan dan masyarakat akan menjadi porak-peranda. 
 
 أمسك عليك لسانك
 
Dan yang ketiga yang Nabi bagi itu ialah 
 
 وليسعك بيتك
“Perluaskan rumah kamu.”
 
Rumah jadi luas, lapang. Bukannya suruh buat rumah besar, bukan wajib kita buat rumah besar, kalau kita tak ada kemampuan, tak payah. 
 
 وليسعك بيتك
 
Maksud dia, kalau yang belum berumah tangga, dia seorang, perluaskan rumah ertinya dia berkeluarga, dia berkahwin mengikut syariat dan panduan yang diberikan oleh Allah S.W.T, oleh syariat. Lepas berkahwin, dia akan dapat keturunan, anak, anak banyak,
 
تزوجوا الودود والولود  
“Kalau nak pilih isteri, pilih yang jenis anak ramai.” 
 
Itu termasuk dalam 
 
وليسعك بيتك
 
Minta maaflah kalau kadang-kadang orang terasa juga, kahwin 15 tahun tak ada seorang pun lagi anak, kita pergi duduk ceramah bab ini, dia kecik hati tuan-tuan, dia rasa kita kata kat dia, padahal itu pesanan Nabi. Soal dapat anak, tak ada anak itu bukan kerja kita, itu kerja orang lain, jangan campur. 
 
Tapi Nabi suruh 
تزوجوا الولود 
“Yang jenis mahu beranak banyak.”
 
 والودود
“Yang berkasih-sayang, bermesra, baik.”
 
Semuanya kerana nak membina rumah tangga. Saya ulang balik, 
 
 ما النجاة 
 
Semua kita nak kejayaan, tapi macam mana nak capai kejayaan? Kalau dalam Hadis itu dia mula dengan,
 
 أمسك عليك لسانك 
“Jaga lidah.” 
 
 وليسعك بيتك 
“Perluaskan rumah kamu.”
 
Bina keluarga kamu mengikut panduan yang diberi oleh syarak.
 
 وابك على خطيئتك 
“Dan tangislah atas kesalahan yang telah kita lakukan.”
 
Biasa orang buat taubat, menangis, dia nak ulang lagi perbuatan yang salah, sebab manusia ini tak boleh lari daripada melakukan kesalahan. 
 
كل ابن ادم خطاء
“Setiap anak Adam bersalah.” 
 
وخير الخطائين التوابون
“Sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang mahu bertaubat kepada Allah S.W.T. “
 
Tuan-tuan dan saudara sekalian. 
 
Melihat kepada Hadis pendek ini, dan melihat kepada panduan yang Nabi bagi, boleh memberi kepada kita panduan yang jelas mengenai hala tuju kehidupan kita, terutama kita yang terlibat dengan jamaah PAS ini, organisasi politik yang kita berjuang, yang kita pilih, yang kita yakin bahawasanya inilah satu jalan yang boleh membantu dan membawa kita menuju kepada kejayaan. 
 
*Petikan transkrip oleh Pelatih Harakah, Zaid Mohd Adhar dari Kuliah Dhuha Siri Ke-2, Politik Islam, oleh Mursyidul Am PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada Ahad, 26 November 2017
 
– HARAKAHDAILY 27/11/2017
- Advertisement -