Pantang rakan bangkit mengenai PAS dan Umno

- Advertisement -

SEWAKTU zaman remajanya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam di dalam politik. Pantang  rakannya  membangkitkan mengenai PAS dan Umno, pasti beliau akan bertindan sebagai ‘ketua pembangkang’.

- Advertisement -

Untuk mematahkan hujah ‘lawannya’ yang tidak berpuas hati dengan isu-isu yang timbul melibatkan PAS dan Umno, pasti nama Tuan Guru Almarhum Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan disebutnya bagi menunjukkan kekuatan tokoh yang ada di dalam PAS.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Kecenderungan Amirul Jufri Mat Saman untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS menjadi realiti apabila beliau terlibat sebagai anggota Unit Amal, yang kini dikenali sebagai Jabatan Amal pada 2005  serta dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa  Pasti kawasan Kangar sebagai jawatan pertamanya dlm entiti Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar.

Anak Kelahiran Kampung Panggau, Kangar, Perlis ini  amat bersyukur kerana  keluarganya amat memahami dan menyokong keberadaannya  di dalam PAS.

Malah beliau amat berterima kasih kepada isterinya,  Noorul Nadia  Rosdi  yang sangat memahami, menyokong dan mempermudahkan urusannya serta  sentiasa tenang menguruskan keluarga dan anak-anak  sementelah beliau sentiasa sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia.

Beliau juga turut memikul amanah sebagai  Naib Ketua Dewan Pemuda Kawasan Kangar dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Kawasan Kangar.

Anak bongsu daripada enam beradik kepada pasangan Allahyarham Mat Saman Taib dan Rohani Omar ini diputerakan pada 16 Mac 1986. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Ahmad, Kangar, Perlis.

Beliau kemudiannya  meneruskan pendidikan menengah di  Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kangar Perlis Sekolah Menegah Teknik Balik Pulau, Pulau Pinang (kini  Kolej Vokasional).

Bapa kepada dua orang putera dan dua orang puteri ini sentiasa mengutamakan pembahagian masa  dengan tugasannya di dalam Jabatan Amal dan program jemaah di samping tidak mengabaikan kerjanya sebagai juruteknik elektrik.

Sebelum mengakihiri perbualannya dengan Harakah, Amirul Jufri menitipkan sedikit pesanan kepada rakan-rakan seperjuangannya agar ikhlaskan hati dan nurani berkerja dengan jemaah dan parti dengan niat hanya semata-mata kerana Allah dan beristiqamah.

“Tanamkan sentiasa dalam hati dan ingatan kita semua, kita yang memerlukan Islam dan perjuangan ini, bukan Islam yang memerlukan kita,”ujarnya.{/mprestriction}

- Advertisement -