Hukum terbalik tangan ketika berdoa

- Advertisement -

BAGAIMANAKAH kedudukannya dari segi hukum jika kita membawa al-Quran dalam bentuk CD atau dalam komputer ke dalam tandas.   

- Advertisement -

Jawapan: Hukum al-Quran di dalam CD atau dalam hand phone atau dalam komputer tidak sama dengan mushaf. Masa buka dalam komputer atau dalam lap top, jika kita ada junub atau tidak ada air sembahyang, haram kita sentuh dekat ayat itu. Tapi bila kita tutup, kita keluarkan ‘aplication’nya dan sudah tiada lagi ayat al-Quran di situ, sebaliknya keluar window lain pula, maka tidak haram kita sentuh di situ. Ia tidak sama macam al-Quran. Ia hilang. Masa terbit ayat al-Quran itu kita tidak boleh hendak langkah hand phone kita sebab ada tulisan ayat surah al-Baqarah dan sebagainya di depannya itu. Jadi ketika itu, kita tidak boleh langkah hand phone kita. Haram hukumnya jika kita langkah hand phone kita ketika itu. Apabila ayat al-Quran itu sudah hilang, sudah keluar window lain, makruh sahaja hukumnya jika kita langkah hand phone kita ketika itu, kata ulama. Ia macam itulah.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Sama dengan juga dengan al-Quran. Bila kita bakar al-Quran, hilang habis tulisannya, maka tiada lagi hukum al-Quran. Atau al-Quran tulisan tangan, kita rendam dalam air, sudah putih kertas, tiada al-Quran, suatu haraf pun tiada, hilang hukum al-Quran, maka tiada air sembahyang pun boleh sentuh. Ia macam itulah, qias. Walau bagaimanapun, kalaulah bentuk-bentuk macam itu, sunat juga kita hormat, mempermuliakan al-Quran.   

Terbalik tangan ketika berdoa

Soalan: Semasa imam berdoa ketika sampai kepada ayat “Qolubala…” hingga akhir,  imam pusing tangannya, adakah ini amalan daripada Rasulullah s.a.w. Tolong jelaskan.

Jawapan: Masa imam berdoa ketika sampai kepada “Qolubala”, ayat tolak bala, maka setengah imam akan pusing tangannya atau dilingkupkan tapak tangannya ke bawah. Soalannya, ada atau tidak Nabi buat macam itu? Baik. Ia dua persoalan. Yang pertama, ada atau tidak Nabi buat macam itu? Yang kedua, boleh atau tidak buat macam itu? Sebab ada juga Nabi tidak buat kita boleh buat. Betul atau tidak ada juga yang Nabi tidak buat tapi kita boleh buat? Macam mengundi, Nabi mengundi atau tidak? Zaman Nabi tidak mengundi. Tapi sekarang wajib atau tidak mengundi? Wajib mengundi sekarang. Sebab itu kena faham elok-elok. Banyak kefahaman sekarang yang ‘pakai’ kalau Nabi tidak buat tidak boleh buat. Itu bahaya. Menyesatkan juga itu. ‘Buah-buah’ kaum muda belaka itu.

Jadi yang Nabi buat, ada satu sahaja yang datang dalam hadis-hadis yang sahih Nabi balikkan tangannya, iaitu dalam peristiwa sembahyang Istisqa, minta hujan. Buka Sahih Muslim dan kitab-kitab seumpamanya. Sembahyang minta hujan. Yang doa-doa tahlil tiada Nabi buat terbalik tangan macam itu. Doa selepas sembahyang tiada. Berlakunya dalam doa minta hujan, Istisqa. Terlampau kemarau kuat sangat, maka sampai separuh daripada doa, Nabi pusing tangan terang-terang, bahagian zahir naik ke langit, itu disebut dalam hadis. Terang, tidak payah tafsir, terang. Pada matan itu sudah diberitahu, Nabi memusingkan tangan beliau, bahagian belakang ke langit. “Ila sama'”, ke langit. Di situ, tempat lain tiadalah. Bila macam itu, maka seafdalnya, kita ikut sunnah, dalam solat Istisqa masa berdoa pusing tangan.

Kemudian pada solat-solat, pada doa-doa lain, boleh atau tidak pusing tangan kalau pada doa-doa itu minta Tuhan jauhkan bala. Ada dua mazhab, dua golongan ulama. Yang satu, tidak sunat kerana ini untuk sembahyang Istisqa sahaja. Yang kedua, sunat kerana dia pakai qias dengan solat Istisqa. Yang sunat inilah yang ada tok imam ikut ini. Tok imam balikkan tangannya itu dia ikut pendapat ulama-ulama yang menggunakan qias. Walaupun tidak dalam tempat lain, Nabi hanya balikkan tangan dalam solat minta hujan, tapi oleh kerana dia itu minta Tuhan jauhkan daripada mala petaka, maka boleh juga qias atas jalan umum. Maka qias ini diterima juga oleh syarak. Jadi kedua-duanya itu betul. Yang kata tidak boleh balikkan tangan tetapi tapak tangan berterusan ke atas macam itu betul juga sebab dia hendak pakai nas yang asal. Betul juga.

Tapi bila betul juga, kata Syeikul Azhar, haram dia pergi larang orang yang menggunakan qias Nabi balik tangan dalam solat Istisqa. Walaupun kamu tidak beramal, haram kamu larang orang pusing tangan. Tidak boleh. Sebab yang pusing tangan bukan fatwa daripada orang yang jual ais, tetapi fatwa daripada ulama besar-besar. Dia qias dengan amalan Nabi dalam pusing tangan ketika solat minta hujan. Kedua-dua pendapat itu betul. Faham atau tidak lagi? Jadi hendak kalau beramal, kalau kamu larang orang yang buat macam itu, tidak kiralah kamu tok guru, kamu kiyal, kamu ustaz, bodoh belaka. Kalau kamu berbelah mengenai perkara ini, sedangkan kamu ustaz, kamu adalah ustaz bodoh. Ini masalah khilafiah. Sudah siap dalam fatwa-fatwa Syeikul Azhar sama ada fatwa Syeikh Abdul Halim Mahmud, fatwa Syeikh Ali Jaddul Haq, fatwa Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi atau bekas Mufti Mesir, Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf. Ini ulama-ulama besar yang zaman moden mengatakan perkara ini khilafiah, boleh buat.

Bila kita buat, balikkan tangan, kita tengok orang tidak pusing tangan macam kita juga, dia betul juga kerana dia cenderung kepada pendapat ulama yang pakai asal. Maka orang yang tidak pusing tangan, tengok orang pusing tangan pada doa tolak bala, tidak boleh hendak kata tidak boleh buat macam itu. Kerana apa? Sebab ada juga ulama besar-besar yang qias dengan perbuatan Nabi tersebut. Jadi, kedua-dua amalan itu betul belaka. Kerja kita sepatutnya bukan berlawan dalam bab pusing tangan. Lawan kita sepatutnya yang sana, iaitu orang tolak hudud, orang rombak masjid, orang musnahkan surau.      

1. Beruntunglah orang yang selalu hadir ke majlis-majlis ilmu untuk menambah pengetahuannya dalam agama.

Pemurah sifat lelaki, kedekut sifat perempuan

Soalan: Ada orang kata, pemurah itu sifat lelaki, manakala kedekut pula sifat perempuan. Jadi boleh Ustaz jelaskan perkara ini.  

Jawapan: Setengah daripada perkara yang menjadi satu perhiasan yang begitu indah yang ada pada batang tubuh seorang lelaki, iaitu ringan tangan. Ringan tangan mengeluarkan derma, membuat kebajikan. Jangan kedekut. Orang lelaki jangan kedekut, tapi orang perempuan kena kedekut. Ini kerana kedekut itu sifat perempuan dan pemurah itu sifat lelaki. Begitu juga dengan berani yang merupakan sifat lelaki tetapi penakut itu semestinya sifat perempuan. Sebagaimana juga dikatakan cemburu itu sebenarnya sifat lelaki, bukan sifat bagi kaum wanita. Tetapi kita terbalik lingkup, cemburu sifat orang perempuan, pelik sungguh. Pada hal cemburu sifat orang lelaki.  

Kenapa dikatakan kedekut itu dipuji pada perempuan? Kerana perempuan itu tidak akan memboroskan harta suaminya sesuka hatinya. Itulah dipuji, kena pada tempatnya kedekut. Ia macam itulah. Perempuan tidak boleh guna wang suaminya sesuka hatinya walaupun untuk menderma atau bersedekah. Kena minta izin suaminya dulu. Yang bolehnya tanpa minta izin suami kata setengah ulama untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Itu baru boleh. Orang itu perlukan sepinggan nasi atau RM1 kerana hendak beli nasi sebab tersangat lapar, maka boleh kita sedekah kepada orang itu walaupun tidak minta izin suami kerana dhorurah (darurat). Yang lain kena minta izin.

Bahkan jika isteri hendak buat kuih banyak sedikit kerana hendak beri kepada jiran sebelah rumah pun kena minta izin suami. Memberi kepada jiran-jiran kuih dan gulai dan sebagainya adalah sunnah, tetapi isteri kena beritahu kepada suami, minta izin kepada suami dahulu, sama ada izin yang bentuk harian atau pun izin yang khas diberi selama-lamanya selagi keizinan itu tidak ditarik balik. Selama-lamanya itu maknanya kalau isteri sudah beritahu kepada suami, “Lain kali kalau ada lebih-lebih kita hendak buat lebih makanan kita hendak hantar ke rumah sebelah. Jadi tak payah khabarlah lain kali deh.” Jika suami mengizinkan, dengan sekali keizinannya itu sudah memadai selagi tidak ditarik balik keizinan itu. Tidak boleh simpan melainkan kalau suami itu kata, “Jangan beri apa-apa sekali pun, saya tak reda.” Jadi tidak boleh beri walaupun kepada rumah adik beradik dia. Tidak boleh.{/mprestriction}

- Advertisement -