MCK bantu percepat kes libat individu tiada upaya

- Advertisement -

AGENDA membawa Mahkamah Syariah turun ke masyarakat bagi menjalankan perbicaraan menjadi lebih lancar selepas Kit Mahkamah Bergerak (MCK) dilancarkan sejak awal tahun ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penggunaan MCK membolehkan perbicaraan melibatkan golongan uzur dapat dijalankan dalam suasana lebih selesa.

“MCK adalah set kemudahan bagi melaksanakan perbicaraan kes di luar Mahkamah Syariah yang mengandungi set peralatan lengkap berfungsi sebagai meja dan kerusi kegunaan Hakim Syarie, Pembantu Syariah dan Setiausaha Hakim, ruang penyimpanan fail, tempat meletakkan komputer riba, alat tuli serta mengandungi soket wayar elektrik dan peralatan audio.

“Dengan terciptanya MCK ini, ia memberikan kemudahan kepada Hakim Syarie dan kakitangan sokongannya yang menjalankan perbicaraan di luar dengan lebih selesa tanpa perlu membawa peralatan seperti kerusi dan meja lebih besar yang memerlukan kenderaan lebih besar membawanya,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MCK Dan Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda Bagi Kegunaan Orang kelainan Upaya di Mahkamah Syariah Selangor, Shah Alam semalam.

Jelasnya, JAKESS juga tidak lagi perlu menyewa kerusi dan meja daripada pihak luar dan sekaligus membantu menjimatkan kewangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Katanya, selain kecil dan kompak, kos membina sebuah MCK juga rendah dengan melibatkan kos kira-kira RM1,500.
an di hospital dan juga di penjara apabila melibatkan kes terbabit.

- Advertisement -