HAMAS 4.0: ‘All in one’

- Advertisement -
ARAU: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis akan menganjurkan program tahunan Himpunan Anak Muda Istiqamah Perlis (HAMAS 4.0) di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi Dalam, di sini mulai esok, 24 hingga 26 November ini.
 
Pengarah HAMAS 4.0, Nur Yusairy Mansor berkata, himpunan kali ini akan menglibatkan setiap peringkat usia dengan kepelbagaian program yang bakal diisi menjadikan ia sangat bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat negeri Perlis khususnya.
 
Jelas beliau, konsep himpunan kali ini adalah aktiviti santai dan mesra keluarga, di mana ramuan utama ialah pengisian rohani yang akan diserikan dengan kuliah agama.
 
Antara penyampainya ialah Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Noor Hamzah; Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi dan selebriti dakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
 
Antara lain ialah pengisian santai yang dipenuhi dengan Istana Soopa Doopa, Pertandingan Bola Sepak, Santai Selebriti bersama Ustaz Fawwaz Mat Jan dan Radhi Mat Din yang terkenal sebagai otai bola sepak Kedah.
 
Pertandingan RC Game-Hot Wheels dan pertandingan mewarna peringkat sekolah rendah dan pra sekolah juga bakal menjadi tarikan terutamanya kepada golongan kanak-kanak.
 
Untuk golongan wanita muda pula pastikan tidak ketinggalan mengikuti aktiviti Hijabista dan Solekan Muslimat serta Demo Pembuatan Kek dan Roti.
 
Turut menanti golongan pemuda ialah kedatangan Safry Romly iaitu Bekas Pelumba Cub Prix dan cabutan bertuah mega yang menjanjikan hadiah menarik seperti sebuah motorsikal, helmet dan aksesori motosikal.
- Advertisement -