Banjir Kilat di Kg Chubadak, Sentul

- Advertisement -

HUJAN lebat di sekitar Sentul petang semalam telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Chubadak. Kampung yang kini terkepung dengan beberapa projek pembinaan sekitarnya dikatakan sudah terganggu saliran airnya. Oleh hal yang demikian hujan lebat petang semalam menyebabkan air terperangkap dan tidak dapat mengalir seterusnya mengakibatkan banjir kilat.

- Advertisement -

Banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada 20 buah keluarga, surau, Kafa dan dewan orang ramai didapati tidak turun walaupun hujan telah berhenti lama. Atas inisiatif penduduk kampung, saliran air yang tertutup oleh projek pembinaan dipecahkan dan saliran air kembali normal.

Pihak PAS Batu melalui Hishamuddin Ghazali Setiausaha, Nurul Islam Mohamed Yusoff Ketua Penerangan, Ahmad Bahar Bendahari, Shukiri Ketua Cawangan dan Zurina Din Penolong Setiausaha telah turun dan mengenalpasti keperluan asas mangsa banjir serta merancang pengagihan sumbangan dan bantuan.

PAS Batu akan turun semula dengan bekalan makanan bagi mangsa banjir dan Ops cuci akan dimulakan oleh Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu sejurus selepas air surut. – HARAKAHDAILY 22/11/2017

- Advertisement -