Perangkap laju bertujuan kutip wang, bukan keselamatan

UIA01
- Advertisement -

BUTIRAN 012 100 Pengujian Dan Pelesenan Pemandu JPJ . Perutukan 2018 RM63,334,400.

- Advertisement -

Saya membangkitkan masalah kemalangan di jalan raya yang masih gagal untuk atasi.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIRUS) 80.6 % punca kemalangan kerana kecuaian manusia.

Motosikal masih jumlah tertinggi 39,744 kematian (2005-2015). Dalam tempoh  4 tahun negara rugi  RM35.22 B dalam tempuh 4 tahun. Maksud kerugian menurut World Health Organization (WHO)  kerana kos rawatan, kos rehat akibat kecederaan, kos penyiasatan kemalangan dan pengurangan atau kehilangan produktiviti.

Saya menegur mengenai perangkap laju, bukan hendak menjaga keselamatan. Tetapi lebih kepada hendak mendapat pendapatan.

Sebab itu perangkap laju diletak di kawasan 60 KM/jam. Saya kata mana ada kereta berjalan 60 KM/ jam.  Kereta lembu pun 63 KM/jam.

Begitu juga perangkap laju diletak selepas lampu isyarat. Contohnya perangkap laju dipasang selepas lampu isyarat dekat Tmn Simpang Damai Simpang Taiping.

Kebiasaan kereta laju selepas lampu isyarat. Sedangkan ia bukan kawasan kemalangan. Apa tujuannya, sudah tentu untuk dapat wang

Maknanya memang untuk dapat wang. Letak bukan tempat bahaya berlaku kemalangan. Sepatutnya kalau hendak jaga keselamatan perangkap laju boleh di letak di tempat yang merbahaya seperti  kawasan berbukit, garisan berkembar, kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Sepatutnya letak dahulu papan tanda bahawa perangkap laju di hadapan seperti AES. Kalau laju juga memang cari nahaslah.

Saya membangkitkan mengenai kemalangan jalanraya punca bas dan lori yang tidak ada sivik. Pihak kerajaan pula hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja apabila berlaku kemalangan. Maka tubuh jawatan kuasa penyiasat. Buat pemeriksaan di Jalan Duta dan  TBS. Lepas itu senyap balik

Saya cadang supaya Menteri atau pegawai menyamar naik bas untuk tangkap pemandu yang bawa laju dan merbahaya.

Cuba bayangkan perjalanan dengan Bas daripada Jalan Duta ke Alor Setar hanya memakan masa 5 jam sahaja. Tidak hairan kemalangan ngeri berlaku mengakibatkan kemalangan maut yang ramai.

Saya cadangkan supaya bas dan lori kena dihadkan di kenderaan supaya tidak boleh bawa laju. Satu lagi perkara pelik apabila lori berhenti di tepi jalan, JPJ tidak boleh diambil tindakan. Sedangkan lori itu salah dari segi undang-undang. Kena lihat balik undang-undang ini.

Butiran 030400 Subsidi Tren Tidak Ekonomik KTMB. Perutukan 2018 RM25,000,000

Cadangkan supaya kerusi  ETS yang luas dan agak selesa kepada penumpang.

Butiran 010100 Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

Penerbangan Air Asia yang kadang-kadang tidak mesra pengguna. Contohnya kalau kita telefon Air Asia, caj panggilan agak mahal kerana ia tidak pakai telco biasa. – HARAKAHDAILY 21/11/2017

Catatan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Kementerian Pengangkutan hari ini di Dewan Rakyat.

- Advertisement -