Keyakinan nenek Darwish inspirasikan Arifiriazul

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo berkongsi perasaan terinspirasinya disebalik kisah keyakinan seorang nenek yang mengiringi cucunya ke Majlis Ihtifal PASTI Kawasan Limbang, kelmarin dahulu.
 
Pelajar itu yang hanya sempat dimaklumi bernama Darwish itu menetap bersama neneknya di sebuah kampung di sempadan antara Limbang dan Brunei yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan ke Bandar Limbang.
 
Katanya, Darwish tinggal bersama neneknya kerana ibu dan ayahnya bertugas di Kuala Lumpur di mana nenek itulah membawanya setiap hari ke PASTI di Bandar Limbang itu.
 
Lebih mencuri perasaan beliau apabila diketahuinya bahawa bapa Darwish asalnya bukan beragama Islam, sebelum kembali kepada fitrah, manakala neneknya beragama Kristian dan berbangsa Bisaya.
 
Namun cerita Arif, beliau diberitahu Pengerusi PASTI Limbang, Ustaz Izzul Islam bahawa nenek Darwish sanggup menghantar pelajar itu jauh menerima pendidikan di PASTI kerana keyakinan.
 
Di mana jelasnya, menurut nenek itu, beliau yakin dengan silibus PASTI yang berteraskan Islam dan yakin cucunya akan menjadi manusia baik, walaupun di kampung mereka ada pra-sekolah milik kerajaan.
 
“Kisah yang mengharukan, serta terus memberikan motivasi dan semangat kepada saya untuk terus berkerja kuat untuk ummah ini,” ujar Arif. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
- Advertisement -