Jasa TG Harun Din bertebaran ke Nusantara

- Advertisement -

ALMARHUM Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din adalah ulama haraki yang bergerak ilmunya di tengah kancah masyarakat  dengan pelbagai karenah dan ragam.

- Advertisement -

Mudir Pusat Dakwah Serantau (PDS) Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata demikian dalam pembentangannya yang bertajuk ‘Sumbangan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din dalam bidang dakwah dan peranannya dalam pembangunan Pusat Dakwah Serantau (PDS).’

“Ilmu, khidmat, buah fikirannya diperlukan oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai institusi seperti syarikat kewangan, badan korporat, Non-Government Oragnization (NGO) dan sebagainya. Malah kuliahnya sentiasa hidup, segar, mendapat sambutan sejak dari dulu, kini dan dengan izin Allah buat selama-lamanya,” ujar beliau dalam  Persidangan Antarabangsa Islam dan Tokoh (PAIT) 2017- Sumbangan dan Pemikiran Almarhum Datuk Dr. Haron Din, Bilik Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini tadi.

Menurutnya antara sumbangan Mursyidul Am Majlis Syura Ulamak PAS itu adalah sebagai rujukan utama fiqh dakwah semasa dalam pembangunan dakwah PDS.

“Kejayaan PDS di bawah pimpinan beliau adalah apabila lahirnya lebih 150 orang daie yang bertebaran di lapangan dakwah Sabah, Sarawak, Cambodia, Filipina dan Indonesia,” jelas Ustaz Misbahul. – HARAKAHDAILY 21/11/2017

posterPait

- Advertisement -