Exco Kelantan dihalang masuk sekolah JPN

- Advertisement -

BIARPUN diberi mandat oleh rakyat, namun anggota Exco di Kelantan tidak mendapat kerjasama untuk bertandang ke sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setakat ini beliau tidak mendapat kerjasama untuk datang ke sekolah di bawah JPN.

“Setakat mana kerjaaan negeri boleh lakukan di bawah bidang kuasa Exco sahaja sedangkan mengawal dadah di bawah agensi Persekutuan.

“Malah anggota Exco yang mempunyai jawatan dalam Pemadam pun tidak boleh masuk ke sekolah kementerian,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) pada persidangan Dun hari ini.

Zulkifli sebelum itu berkata masyarakat di luar Kelantan tidak tahu anggota Exco tidak boleh masuk ke sekolah di bawah JPN.

Menjawab soalan asal Ustaz Abdul Halim (PAS-Chetok) Dr Muhamed Fadzli berkata, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) membuat saringan air kencing di 164 sekolah di bawah JPN melibatkan seramai 4,148 pelajar.

Katanya, daripada jumlah itu 279 pelajar positif mencuba dadah dan 18 pelajar ditangkap polis kerana positif dadah. – HARAKAHDAILY 21/11/2017

- Advertisement -