PASTI semakin diterima dan berkembang

- Advertisement -
IPOH: PAS membuktikan kemampuan menyediakan institusi kanak-kanak pra-sekolah PASTI yang bukan sahaja mencapai matlamat pendidikan Islam, malah telah berjaya melahirkan ramai individu penting.
 
Pengarah PASTI Negeri Perak, Ustaz Azhari Muhammad berkata, perkhidmatan pengurusan serta sistem pembelajaran PASTI telah mendatangkan kepercayaan awam hingga menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak ke institusi itu.
 
Beliau mengulas perkembangan tersebut sempena Majlis Ihtifal dan Konvokesyen PASTI yang berlangsung di banyak kawasan dalam negeri itu antaranya Lumut, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Bukit Gantang, Taiping, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Gopeng dan Teluk Intan, semalam.
 
Kerana itu jelasnya, rekod menunjukkan peningkatan kemajuan PASTI sentiasa mendapat permintaan tinggi di mana para ibu bapa turut menyumbang kesungguhan dan kerjasama.
 
Ustaz Azhari berharap agar PASTI terus menjadi wadah pilihan utama serta berjaya melahirkan generasi yang mampu membawa mesej Islam kepada masyarakat di masa depan. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
- Advertisement -