Mesej politik bersama alunan band

- Advertisement -
KEMAMAN: Kupasan kritikal isu-isu politik disedarkan ke pengetahuan anak muda sambil berhibur mendengar alunan lagu-lagu ketuhanan pada program Santai BBQ di Kampung Pantai Kemasik, di sini semalam.
 
Program anjuran bersama Pemuda PAS Cawangan Kampung Baru Kemasik dan Alternative Band Club (ABC) Aeroplane Band itu telah disertai hampir 100 anak muda.
 
Pelbagai mesej politik disampaikan terutama berkaitan permasalahan negara yang berpunca dari ketidakcekapan pentadbiran Umno-BN, serta indeks kritikal dan berleluasanya rasuah.
 
Paling membangkitkan emosi adalah isu penafian hak royalti rakyat Terengganu yang masih tidak diberikan Kerajaan Pusat hingga kini selain khianatnya Umno-BN.
 
Turut diutarakan mengenai kos sara hidup yang semakin menghimpit segenap rakyat terutama anak muda di mana semua itu menuntut perubahan menerusi PRU.
 
Hadirin juga diseru untuk bersama PAS di mana manifesto PAS Terengganu yang menawarkan pelbagai usaha ke arah kesejahteraan rakyat dibentangkan pada santai tersebut.
 
Semua penerangan tersebut disampaikan oleh Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat; Timbalan Pengarah MTD Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Ketua Pemuda PAS Kemasik, Zaidi Salleh.
 
Antara hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Ketua Pemuda Kemasik, Shahrim Ibni Hajjal dan Ketua PAS Cawangan Kampung Baru Kemasik, Nordin Salleh. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
- Advertisement -