Hari Q rai warga PASTI Perlis

ARAU: Hari Kualiti (Hari Q) PASTI Negeri Perlis telah meraikan 120 guru selain pelajar dan waris pada majlis yang diadakan di Dewan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Ulu Pauh, di sini semalam.
 
Pada majlis tersebut, guru PASTI Ar-Rahmah Kayang, Hasmiza Ali telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru, manakala Syarifah Batrisya Syed Mohd Amirullah dari PASTI Smart Aulad Pra Tahfiz Kangar dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar.
 
Sementara itu, Majlis Guru PASTI Kangar telah dianugerahkan sebagai MGP Kawasan Terbaik dan PASTI Kawasan Arau pula dianugerahkan sebagai PASTI Terbaik.
 
Majlis yang membina imej dan kecemerlangan PASTI itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perlis, Baharudin Ahmad.
 
Antara yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Dr Saifizi Saidon dan Pengarah PASTI Perlis, Ustaz Asrul Aiman Abdul Jalil. – HARAKAHDAILY 20/11/2017