Eksplorasi rakit bina ketahanan diri

- Advertisement -
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar telah menganjurkan Eksplorasi Rakit Sungai Perak bermula di Dataran Persisiran Sayong, di sini kelmarin.
 
Program tersebut telah menerima 25 peserta dengan tiga rakit yang dilepaskan seawal jam 9:45 pagi sebelum tiba jam 1:40 petang di Bukit Pacat, Ara Panjang, Manong.
 
Aktiviti survival menyusuri cabaran Sungai Perak itu antara objektif penganjurannya adalah untuk menghimpunkan jentera pemuda.
 
Program itu juga sebagai membentuk persiapan jentera pemuda agar memiliki kekuatan serta ketahanan mental dan fizikal.
 
Dipantau sepenuhnya oleh dua jurulatih bertauliah selain bantuan kendalian oleh anggota Alternative Outdoor Club, eksplorasi itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Khairul Anwar Zulkifli. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
- Advertisement -