Penduduk Iban di Muton tagih janji wakil BN

- Advertisement -
BATANG LUPAR: Janji Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato’ Rohani Abdul Karim dan Adun Beting Maro, Dato’ Razali Gapor untuk membaik pulih lantai ‘ruai’ rumah panjang terus ditagih penduduk Iban di Muton, Pusa, di sini hari ini.
 
Menurut mereka, kedua-dua wakil rakyat BN itu sendiri berjanji ketika kempen PRN yang lalu, namun hingga kini tiada sebarang pertemuan atau rundingan berkaitannya.
 
Penduduk rumah panjang itu sangat memerlukan dan menanti pengubahsuaian lantai di kawasan ‘ruai’ itu yang berdebu dan berhabuk hingga mengganggu kesihatan para penghuninya.
 
“Kami masih tertanya-tanya mana janji-janji mereka semasa kempen PRN dahulu. Bukan setakat tiada bantuan, malahan lawatan atau hantar wakil pun tiada,” maklum salah seorang wakil penduduk.
 
Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo mewakili rombongan PAS Sarawak melihat sendiri keadaan itu dan berjanji membawa aduan mereka kepada pihak berkenaan. – HARAKAHDAILY 19/11/2017
- Advertisement -