PASTI berjaya tarik minat bukan Islam

- Advertisement -
KEMAMAN: Peranan PASTI dalam dunia pendidikan kini menyaksikan institusi pra-sekolah dikendalikan Dewan Pemuda PAS itu mendapat kepercayaan masyarakat.
 
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood berkata, keyakinan masyarakat pada sistem dan silibus PASTI hingga mendorong kalangan bukan Islam juga menghantar anak-anak mereka.
 
Beliau menitipkan pesan dan optimistik terhadap PASTI dan sekolah-sekolah agama agar menjadi pilihan ibu bapa tanpa perlu rasa khuatir atau curiga terhadap institusi pendidikan tersebut.
 
“Jangan hiraukan mulut-mulut jahat dan bisikan syaitan yang mahu menghalang niat murni untuk mendidik anak-anak menjadi insan rabbani,” ujarnya yang juga Pengerusi PASTI Kemaman, semalam.
 
Ucapan itu disampaikan beliau ketika meraikan 242 pelajar pada Majlis Ihtifal Gabungan KAFA dan PASTI Adam Mak Chili, di sini.
 
Sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula telah disempurnakan Pengerusi PASTI Adam Mak Chili, Abdul Razak Ibrahim. – HARAKAHDAILY 19/11/2017
- Advertisement -