Ma’ahad Al-Munir beri pendidikan percuma kepada asnaf

- Advertisement -
MA’AHAD Al-Munir merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan percuma buat asnaf fakir dan miskin di mana telah ditubuhkan pada tahun 2008 di Sana’a, Republik Yaman.  
 
Bermula di negara Yaman sebagai asrama penempatan pelajar Malaysia sehingga berlaku peperangan saudara di negara itu pada 2011, para pelajarnya pulang ke Malaysia meneruskan jihad ilmu di sini. Pada 2015 Ma’ahad al-Munir memulakan operasinya kembali di Taman Bukit Permai, Cheras, Selangor.
 
Silibus pendidikan di Ma’ahad Al-Munir adalah hafazan Al-Quran, hafazan Hadis, mutun (matan-matan fiqh, aqidah, nahu, sarf dan lain-lain) dan Talaqqi Turath. Sehingga kini para pelajar telah menghafaz 42 hadis himpunan Imam Nawawi rahimahullah.
 
Ma’ahad Al-Munir kini masih menyewa rumah 3 tingkat di Laman Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras. Sebagaimana juga urusan lain, kos pengurusannya juga bertambah dari tahun ke tahun. Setiap bulan kos pentadbiran, pengurusan dan lain-lain mencapai RM18,000. 
 
Kini, pihak ma’ahad dalam perancangan untuk membangunkan premis tetap Ma’ahad Al-Munir di Kampung Baru Lanjut, Sepang. Di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi, bangunan setinggi 4 tingkat akan dibangunkan dengan kos RM 2,000,000.
 
Wakaf lot bangunan yang baharu sahaja dilancarkan pada bulan ini, sangat berhajatkan sumbangan orang ramai. Dalam perancangan pihak ma’ahad, bangunan ini diharap dapat dibina sesegera yang mungkin bagi menempatkan lebih ramai pelajar. Kerana rumah sewa sedia ada tidak mampu lagi menampung penempatan pelajar yang lebih ramai.
 
Mudir Ma’ahad Al-Munir, Ustaz Mohamed Sukri Omar memberitahu, setiap tahun permohonan kemasukan pelajar begitu ramai, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana terhadnya dana dan penempatan pihak ma’ahad. Beliau berkeyakinan pendidikan percuma ini dapat dijayakan bagi melahirkan generasi al-Quran yang akan merubah keadaan masyarakat di mana masih jauh dari praktis al-Quran. Maklumnya juga, ramai dari kalangan ibu bapa menggesa agar ditubuhkan ma’ahad bagi pelajar muslimat.  Tetapi disebabkan kekangan dana, telah membantutkan usaha itu.
 
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan menyeru para dermawan untuk terus menyuburkan infak dan wakaf agar bangunan tetap ma’ahad segera dapat dibina bagi manfaat pelajar. Berkat sumbangan orang ramai Ma’ahad al-Munir memasuki tahun ke-3 menyediakan pendidikan percuma walaupun peringkat awal di anggap mustahil oleh masyarakat.
 
Ustaz Mohamed Sukri menyatakan keyakinannya bahawa setiap sumbangan yang dilaburkan bagi pembangunan dan operasi Ma’ahad Al-Munir akan memberikan kesan besar buat masyarakat. Terutamanya kedudukan ma’ahad di tengah-tengah bandar yang pesat dengan pembangunan fizikal tetapi tenggelam hilang pembangunan spiritualnya.
 
Bagi yang berminat untuk menyumbang, Ustaz Mohamed Sukri Omar boleh dihubungi ditalian 0104341617 atau segala sumbangan boleh disalurkan pada akaun Maybank 5643 8855 7430 diatas nama Al Munir Centre. – HARAKAHDAILY 19/11/2017
- Advertisement -