Koperasi Rakyat Kelantan agih dividen 10 peratus

- Advertisement -

SEBANYAK RM494,532.90 dividen telah dikeluarkan oleh Koperasi Rakyat Kelantan Berhad.

- Advertisement -

Dividen itu diagihkan kepada 1,333 orang anggota koperasi kali ke-enam itu.

Pengerusi koperasi berkenaan, Sabri Abdullah berkata, ahli koperasi memperoleh dividen sebanyak 10 peratus atas modal syer.

Katanya, pada masa yang sama 9 peratus atas pelaburan diberikan kepada anggota yang layak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 semalam.

Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Sabri seterusnya berkata, antara punca pembayaran dividen paling tinggi sejak sejarah penubuhan koperasi itu kerana  keuntungan operasi Ar-Rahn.

“Sehingga Julai 2017, dengan pelaburan sebanyak RM6.545 juta, keuntungan daripada kolaborasi di Ar-Rahn Rantau Panjang dan Machang begitu tinggi.

“Dengan hasil berkenaan dividen kepada pelabur dapat ditingkatkan,” ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, motto koperasi ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat’ benar-benar menepati hasrat  dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat.

Yang penting, tambahnya diharap anggota koperasi dapat meningkatkan modal syer dan pelaburan masing-masing.

“Pelaburan dari anggota koperasi akan mengembangkan lagi koperasi pada masa hadapan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2017

- Advertisement -