Ahli DHPP ikuti asas kefahaman Islam

- Advertisement -

JULUNG kali seramai 12 anggota kepimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah berjaya menamatkan Sijil Asas Kefahaman Islam di Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM).

- Advertisement -

Kuliah yang bermula pada Januari dan tamat pada November diakhiri dengan program Dialog ILHAM-DHPP bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 November lalu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), dekat sini.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Ketua DHPP Selangor, Dato’ Deepakaran a/l Karupiah yang juga merupakan kumpulan pertama program tersebut ternyata berpuas hati selepas mengikuti kelas tersebut dan dapat mengetahui banyak perkara mengenai Islam.

“Selama ini kita hanya mendengar tentang keindahan Islam tetapi bila kita belajar dan mengikuti kuliah bersama ILHAM secara langsung memang kita sendiri dapat merasai keindahan Islam dan memang ianya tidak ada perbezaan dengan agama kita.

Saya melihat banyak persamaan dalam ajaran Islam malah kalau boleh kita berhasrat ingin mengetahui lebih lagi tentang Islam. Sudah pasti juga, sebagai pemimpin DHPP, kita akan menggalas tanggungjawab ini untuk disampaikan kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam untuk diterangkan tentang Islam,” katanya.

Tambahnya walaupun belum menguasai keseluruhan tentang Islam beliau yakin kefahaman yang telah diberikan akan membolehkannya menerangkan dan menegur kepada bukan hanya orang bukan Islam malah juga kepada orang Islam.

“Bagaimanapun, kita harapkan dalam kalangan ahli-ahli PAS datang bawa dua orang kawan untuk sertai DHPP untuk kita sama-sama kuatkan jemaah DHPP,” katanya.

Ketua Wanita DHPP, Kumutha a/p Raman merasa bertuah kerana diberi peluang untuk memahami dan mempelajari perkara-perkara asas tentang Islam. Menurutnya kefahaman yang diperolehinya itu menjadi kekuatan kepada keyakinan beliau tentang Islam dan PAS.{/mprestriction}

- Advertisement -