PASRelief Terengganu syukur, ucap terima kasih

- Advertisement -

PASUKAN PASRelief Terengganu telah berjaya mengagihkan 85 tan makanan kepada para pelarian Rohingya di Kem Balukhali dan Thenkhali.

- Advertisement -

Ketuanya, Yahaya Ali, bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan menyumbang.

“Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah yang mengizinkan dan memberkati perjalanan ini.

“Dan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan kita telah sampaikan sendiri kepada para pelarian,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Dhaka pada jam 1.00 pagi tadi.

Menurutnya, bantuan disampaikan sendiri kepada mereka di kem-kem seperti kem Balukhali, Kem Thengkhali, Kem Palungkhali, Kem Kuthupalong dan Kem Chakmakul.

yahya2

- Advertisement -