KAFA terap asas Islam untuk anak-anak

- Advertisement -
KEMAMAN: Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) penting dalam menerapkan asas awal agama kepada anak-anak menerusi pembelajaran formal terutama pelajar berumur 6 hingga 12 tahun yang sedang mengalami proses membesar.
 
Ketua Penerangan PAS Dun Kemasik, Ustaz Asri Kadir berkata, paling penting bagi anak-anak seusia itu adalah membesar sebagai Muslim yang mampu membeza dosa dan pahala.
 
“Oleh itu amat penting ibu bapa memastikan pendidikan ini diperolehi anak-anak. Tetapi jangan juga anak-anak lancar menghafal dan mengingati pembelajaran, sebaliknya ibu bapa tidak menjadi contoh yang baik pada mereka.
 
“Contohnya terapat ibu bapa yang menjadikan tabiat menonton siaran TV ketika Maghrib, sedangkan anak disuruh menunaikan solat Maghrib,” nasihat beliau ketika Majlis Ihtifal KAFA, Surau An-Nur, Kampung Baru Kemasik, di sini semalam.
 
Peringatnya, penting juga pembelajaran anak-anak disusuli amal ibadat yang ditingkatkan dengan mengikut segala perintah Allah S.W.T dalam kehidupan.
 
Program tersebut dimeriahkan dengan upacara penyampaian hadiah disamping pelbagai persembahan pelajar selain diselang seli cabutan bertuah untuk hadirin.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Kemasik, Shahrim Ibni Hajjal; Ketua Muslimat PAS Dun Kemasik, Ustazah Naliati Lamshah dan Ketua PAS Cawangan Kampung Baru Kemasik, Ibni Hajjal. – HARAKAHDAILY 18/11/2017
- Advertisement -