BN memang kerap tiru Selangor – Iskandar

- Advertisement -

SUDAH menjadi kelaziman Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional meniru pelaksanaan dasar berkebajikan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ia membuktikan Selangor lebih ke hadapan melaksanakan dasar berkebajikan negeri berbanding di peringkat Persekutuan.

“Barisan Nasional memang kerap tiru Selangor. Terbukti cara (dasar) Kerajaan Negeri adalah yang terbaik,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian diminta mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memperlebar luas pelaksanaan Skim Smart Sewa di bawah dasar Perumahan Rumah Mampu Milik (PPR) di seluruh Selangor sekiranya berjaya menawan negeri pada pilihan raya umum nanti.

Ini bukan kali pertama wujud cadangan di peringkat Persekutuan untuk menggunapakai dasar sedia ada yang sudah dilaksanakan di Selangor.

Antaranya sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan Pusat 2018 memperkenalkan insentif skim yang dikenali sebagi Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50).

- Advertisement -