PAS vs PAN: Kes Mahkamah Markaz PAS Kawasan Batu

Foto hiasan.
- Advertisement -

SEPERTI semua sedia maklum, Markaz PAS Kawasan Batu masih dalam proses perundangan. Ini semua adalah apabila 4 orang pemegang amanah sementara bangunan yang turut meminjamkan sejumlah wang kepada PAS Kawasan menyertai PAN.

- Advertisement -

Setelah menyertai PAN mereka terus menyewakan bangunan tersebut dan mengambil manfaat dari hasil sewaan. Lebih menyedihkan, bahagian atas Markaz PAS disewakan kepada kedai Vape.

PAS Kawasan telah beberapa kali berunding dengan pihak 4 orang ahli PAN tersebut namun gagal mencapai kata putus disebabkan permintaan yang melampau bahkan ada yang melibatkan ribawi daripada mereka. Akhirnya PAS Kawasan telah menghantar notis saman terhadap 4 orang ahli PAN tersebut dan telah memfailkannya di mahkamah. Pihak ahli PAN tersebut pula memohon untuk membatal writ saman tersebut.

Keputusan permohonan Defendan untuk membatalkan Writ Saman PAS Kawasan Batu dijadualkan pada:

Tarikh: 20/11/2017 (Isnin)
Waktu: 9.00 pagi
Tempat: di Mahkamah Jalan Duta, NCVC 5 Aras 3.

Jadi saya selaku YDP PAS Kawasan Batu menyeru semua ahli PAS untuk hadir bersama sebagai tanda sokongan untuk memastikan semua hak kita yang merupakan harta infaq ahli PAS dapat dikembalikan.

USTAZ AZHAR YAHYA
YDP PAS Kawasan Batu – HARAKAHDAILY 17/11/2017

- Advertisement -