Ilmu Allah luas

- Advertisement -

APABILA berbahas dan bertembung dalam isu perubatan moden vs tradisional, selalu jawapan begini diberikan. “Ilmu Allah itu luas, terimalah pandangan orang lain.”

- Advertisement -

Sedangkan apa yang cuba kami bentangkan dari perubatan moden ini adalah dari ilmu Allah juga. Atas keluasan rahmat dan ilmu-Nya lah kami belajar dan menjalankan khidmat rawatan kepada pesakit.

drsuhazeliDengan kelebihan ilmu Allah yang luas inilah juga banyak kajian dijalankan ke atas ubat-ubatan termasuk tumbuh-tumbuhan. Contohnya, dari pelbagai sudut dan review kajian-kajian perubatan, ganja tiada kelebihan positif, ianya hanya sebagai penahan muntah untuk pesakit terminal kanser. Rawatan-rawatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan pelbagai lagi itu semuanya tidak menunjukkan keberkesanan. Jumlah pesakit yang perlu dirawat (NNT – Number Need to Treat) adalah rendah berbanding dengan rawatan di hospital. Sehingga sekarang tiada pun diberikan kajian yang boleh meyakinkan bahawa ganja mempunyai kelebihan berbanding dengan ubatan lain.

Begitu juga atas dasar ilmu Allah sains berkembang. Sains adalah penjelasan kepada hukum alam/tabii, hukum akal dan hukum adat yang ditentukan Allah. Setelah dilakukan kajian, sains telah membenarkan hukum Allah itu. Minum boleh menghilangkan dahaga, itu hukum adat. Tetapi tidak semua jenis air boleh menghilangkan dahaga. Ianya dibuktikan dengan sains. Begitulah luasnya ilmu Allah ini dalam dunia perubatan. Pening kepala, setelah sains moden menemui panadol adalah ubatnya, itulah hukum adat. Walaupun tidak semua panadol boleh menghilangkan pening, tidak dinafikan. Maka perlu sains perubatan untuk terus mengkaji kenapa pening boleh berlaku dan apa puncanya. Jika pening itu akibat kanser otak, melalui luasnya ilmu Allah para pakar mengesyorkan pembedahan. Walau tidak dinafikan pembedahan itu pun bukan 100% boleh menghilangkan pening, malah akan timbul komplikasi lain. Tetapi itulah ikhtiar yang diusahakan oleh para anggota yang pakar/ahli dalam bidangnya.

Itulah keluasan Ilmu Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya.

Coretan pagi dari suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
16.11.2017
Kuala Berang – HARAKAHDAILY 16/11/2017

- Advertisement -