Bedak sejuk Opah Teh ke peringkat dunia

- Advertisement -

BEDAK sejuk Opah Teh bermula kira-kira tiga tahun lalu. Ketika itu anak perempuan tuan punya bedak sejuk tersebut, Jamilah Aini Rafei, 42, berada di sekolah asrama.

- Advertisement -

Katanya, anaknya gemar memakai bedak sejuk sejak usia remaja.

“Maklumlah anak remaja selalu naik jerawat. Ketika itu susah sangat untuk mendapat stok bedak sejuk. Kami terpaksa mencarinya di kampung,” katanya memulakan bicara semasa ditemui di pejabatnya yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Di Kuala Lumpur biasanya kata beliau bedak sejuk itu bukan dihasilkan orang tempatan dan kadang-kadang muka akan gatal selepas menggunanya.

Pemakaian bedak sejuk biasanya diamalkan generasi terdahulu di sebelah utara.

BedakSejuk 2Ibunya juga mengguna bedak sejuk sejak dahulu lagi dan arwah nenek dan ibunya memakainya sejak kanak-kanak.

“Berbalik pada kisah anak saya itu, biasanya bila balik kampung atau terjumpa bedak sejuk yang dijual di mana-mana toko jamu saya akan membeli dalam jumlah yang banyak untuk beliau jadikan stok sepanjang di asrama,” katanya.

Galakan

Hingga satu ketika katanya, beliau  kehabisan stok bahkan  di kampung pun tidak ada orang menjualnya. Maka suaminya mencadangkan kepadanya buat sendiri. Walaupun dirasakan lucu, cadangan itu diambilnya secara positif.

“Terfikir kenapa tidak saya hasilkan sesuatu yang lebih terjamin keberkesanan dan kebersihannya. Dari situ saya belajar mengenai bedak sejuk. Walau arwah nenek dan ibu saya menggunakannya tetapi mereka tidak pernah membuatnya malah ketika kecil saya tidak pernah melihat orang membuatnya!

Saya melakukan kajian sendiri, membaca artikel mengenai bedak sejuk, mengkaji kebaikan dan cara penghasilannya,” ceritanya.

Pada tahun 2015 beliau cuba menghasilnya sendiri. Bermula dengan segenggam beras, direndamnya sehingga dua bulan dan belajar menitik menggunakan daun pisang. Percubaan pertama dibekalnya untuk anaknya dan seterusnya  untuk diri sendiri.

“Selama dua bulan saya mengamalkannya siang dan malam dan perubahannya agak ketara.
Saya campurkan dengan serbuk kayu manis bertujuan menghalus dan mencerahkan kulit wajah,” katanya.

Bermula dari situ anak jati Perak ini, mula  serius menghasilkan bedak sejuk. Bermula dengan 20 kg beras bermutu diprosesnya sendiri dari segi produk, pembungkusan dan pemasaran.

Dinamakan ‘bedak sejuk Opah Teh’  dengan tagline berseri macam Opah! bersempena nama ibunya.

Katanya, ibunya tidak pernah meninggalkan bedak sejuk di wajahnya hingga sekarang.

“Ibu adalah duta saya kerana di usianya yang mencecah 80 tahun kulit wajahnya tetap berseri dan awet muda!

Pasaran dan persaingan

Di peringkat awal beliau hanya menggunakan orang di sekelilingnya kemudian menggunakan media sosial seperti facebook dan instagram sebagai medium pemasaran.

Di segi persaingan katanya bedak sejuk tiada saingan  produk penjagaan wajah moden.

“Kami tidak menjanjikan hasil yang gebu mulus dalam tempoh yang singkat. Bukan mudah juga untuk meyakinkan orang ramai,” ujarnya.

Sambutan

Sambutannya amat menggalakkan dan permintaan sentiasa bertambah dan kebanyakan pelanggannya katanya, terus membuat pesanan (repeat order). Rata-rata berpuas hati kerana masalah wajah mereka dapat diatasi dengan pemakaian bedak sejuk serta harga yang berpatutan.

” Saya mahu generasi muda hari ini tahu kebaikan produk tradisi ini seterusnya mengamalkannya. Sasaran saya golongan muda kerana di usia tersebut mereka amat mudah terpengaruh dengan produk penjagaan kulit,” ujarnya.

Ekonomi

Meskipun ekonomi kurang memberansangakan permintaan bedak sejuk sentiasa ada.

Katanya, bedak sejuk satu bisnes yang amat menguntungkan tanpa memerlukan modal yang besar. Pasarannya luas dan tidak perlu sangat perkenalkannya kerana pelanggan tahu keberkesanan produkitu sejak dahulu lagi.

Ia bukan produk baharu cuma diolah dalam bentuk moden malah lebih berkesan.
Diformulasikannya dengan bahan terbaik seperti minyak jojoba, minyak argan, serbuk kulit manis dan air mawar air suling.

Mengakhiri bicara, beliau mengharapkan bedak sejuk Opah Teh keluaran syarikat Khaulah Humaira' Health & Beauty ini dikenali seluruh dunia.{/mprestriction}

- Advertisement -