Hospital Pendang diulang janji lagi

- Advertisement -
ALOR SETAR: Hospital Pendang yang terbengkalai hampir 11 tahun, diumum akan mula dibuka tender pembinaannya pada November 2017 ini.
 
Demikian pengakuan Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak-BN) dalam Sidang Dun Bajet Kedah 2018, di Wisma Darul Aman, di sini semalam.
 
Walau bagaimanapun, pengakuan berkenaan masih menimbulkan keraguan terutama dari Adun-adun Pembangkang memandangkan dokumen berkenaan pembinaannya telah banyak kali dibuka.
 
Selain itu kos asal RM200,000,000 untuk 120 katil telah dinaikkan ke RM222,700,000 untuk menambah enam lagi katil menjadikannya 126 katil.
 
Penduduk Pendang katanya, boleh menggunakan perkhidmatan Hospital Pendang dalam tempoh 36 bulan dari tarikh pembinaan dan dijangkakan siap pada tahun 2021. – HARAKAHDAILY 15/11/2017
- Advertisement -