Walkhunt Muslimat Perlis jelajah Kangar

- Advertisement -
KANGAR: Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis sekali lagi telah menganjurkan ‘Walkhunt: Hijau Menuju Kemenangan’ yang diadakan di Dun Kayang, di sini semalam.
 
Program berkonsep pertandingan itu memerlukan setiap kumpulan mengadakan ziarah ke rumah pengundi sasaran dan melaksanakan beberapa tugasan yang telah ditetapkan.
 
Kumpulan yang paling banyak menziarahi pengundi dan pulang awal ke tempat berkumpul akan dikira sebagai pemenang.
 
Pada siri kedua ini, sebanyak 131 buah rumah telah berjaya dikunjungi dengan kekuatan seramai 60 anggota jentera.
 
“Ini adalah satu kejayaan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah rumah yang dapat kita kunjungi pada kali ini.
 
“Hasil dari program ini juga kita berjaya menambah keahlian PAS dan juga mencari pengundi baru di kalangan penduduk setempat,” kata Pengarah Program, Che Sabariah Che Mat.
 
Beliau berkata, inisiatif tersebut tidak akan berhenti pada kali ini sahaja dan akan diteruskan oleh Dun itu sendiri.
 
Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPrPK) Kangar, Baharudin Ahmad; Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kayang, Radzi Hasan dan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perlis, Amirul Jufri Mat Saman.
 
Siri ketiga program ini akan diadakan di Arau pada 6 Disember kelak. – HARAKAHDAILY 13/11/2017
- Advertisement -