Kemaman perkasa media penulisan dan video

- Advertisement -
KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman mempersiapkan jentera penerangannya dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Berita dan Video yang telah diadakan di Dewan Raudhatul Quran Bukit Kuang, di sini hari ini.
 
Bengkel anjuran Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman itu telah dihadiri seramai 20 peserta mewakili setiap Dun bertujuan meluaskan lagi penyiaran maklumat parti.
 
Teknik penulisan disampaikan wakil Harakah, Khairul Azlam Mohamad dan wakil Buletin Online,Sazali Mohd Nor, manakala teknik video disampaikan wakil Jabatan IT Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ahmad Ezani Razali.
 
Penolong Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Asri Kadir yang hadir pada majlis penutup mengingatkan peserta agar menjadi pemberita yang benar dan amanah dengan memetik ayat 6 surah al-Hujurat.
 
“Teknik penulisan berita yang tersusun dan pantas amatlah penting bagi menghadapi pru 14. Moga menjadi tunjang utama dalam menyampaikan imej parti dan memenangkan Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/11/2017
- Advertisement -