Ikatan Desa bantu PDRM atasi jenayah

- Advertisement -

KERAJAAN Negeri memandang serius isu keselamatan penduduk kampung dan telah meluluskan pelaksanaan program Ikatan Desa di Kampung Tradisi dengan peruntukan sebanyak RM3,680 juta.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Ikatan Desa merupakan satu inisiatif kerajaan Negeri untuk membantu pihak Polis Diraja Malaysia mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar.

Katanya, seramai 10 orang ahli akan dilantik di setiap kampung Tradisi yang akan menjalankan tugas meronda dan memastikan keselamatan kampung.

Menjawab soalan dari Adun Selat Klang-PAS, Dr Halimah Ali katanya, Ikatan Desa akan meningkatkan hubungan kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung sendiri.

Namun begitu tambah beliau ia menjadi peranan ahli-ahli JKKK sendiri di dalam menjaga keselamatan kampung supaya  kehidupan masyarakat kampung diperkukuhkan.

“Buat masa ini kerajaan Negeri belum bercadang untuk memperuntukkan sebarang peruntukan khas bagi pemasangan CCTV di kawasan hot spot jenayah sosial di kampung,” katanya.

Tambah beliau, bagaimana pun kerajaan Negeri lebih menumpukan kepada pemberian peralatan keselamatan seperti walkie talkie, vest keselamatan, lampu baton, first aid kit dan beberapa peralatan lain untuk digunakan semasa sesi rondaan. – HARAKAHDAILY 10/11/2017

- Advertisement -