PRU14: Terengganu akan mendapat MB baharu?

- Advertisement -

PAS dilihat begitu yakin bahawa pihaknya sudah bersedia untuk  me‘rehat’kan Umno. Beberapa  langkah telah dirancang bagi persediaan mengambil alih pentadbiran Wisma Darul Iman selepas pilihan raya umum ke 14.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menegaskan PAS Terengganu memang sudah  bersedia untuk memberi ‘rehat’ yang panjang kepada pemimpin Umno khususnya kerajaan Umno-BN di Terengganu  selepas Pilihan raya Umum (PRU) 14 nanti.

“Andainya kita diberi mandat memerintah oleh rakyat, kita telah bersedia dengan segala perancangan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan BN disepanjang pemerintahannya.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“PAS Terengganu telah mengistiharkan 15 tawaran awal dalam manifestonya bagi menghadapi PRU 14 nanti. Sebenarnya banyak lagi perancangan yang kita ada, bukan hanya sekadar seperti mana yang tersenarai dalam manifesto awal ini” tegasnya.

Menurut beliau, pengumuman-pengumuman yang dibuat itu hanya lah sekadar menyebut sebahagian sahaja daripada daripada  manifesto PAS.  Di antaranya penyelesaian kepada masaalah pengangguran golongan muda.

Katanya, seramai 18,000 lepasan pusat pengajian tinggi dan pusat kemahiran yang menganggur, mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia  Oleh itu, rancangaan PAS ialah untuk menyediakan 20,000 peluang perkerjaan dalam tempoh empat tahun.

Sebelum ini, dalam kolum Kalam Perantau, saya ada menulis (5 Ogos 2016)  dibawah tajuk, Ganukite oh Ganukite…

Terengganu terus dilanda krisis Menteri Besar sejak ‘Istana’ tidak bersetuju Datuk Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Besar semula untuk penggal kedua selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke12 pada 2008.
Ekoran kemelut itu, beberapa kain rentang yang berbunyi “Kami nak Idris, natang” dalam loghat Terengganu, yang bermaksud “kami hendak Idris, binatang” telah dipasang di depan kediaman rasmi bekas Menteri Besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik oleh orang yang tidak diketahui telah menimbulkan persepsi berlaku penderhakaan secara terbuka kepada institusi beraja di negara ini.

Kemelut tersebut reda seketika bila akhirnya, Datuk Seri Ahmad Said ADUN Kijal yang mendapat perkenan Sultan Terengganu berjaya dilantik sebagai Menteri Besar ke-13 menggantikan Idris Jusoh. Namun Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa pelantikan Ahmad Said “tidak mengikut Perlembagaan”.

Selepas PRU ke-13 ramai penganalisis politik menjangkakan kerajaan Umno/BN Terengganu berjalan dalam keadaan ‘tempang’ dan bakal berdepan dengan krisis terbaru politik Terengganu selepas Ahmad Said ‘dipaksa meletak’ jawatan Menteri Besar pada Mei 2014 kerana Umno/BN hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis, dengan perbezaan 2 kerusi iaitu 17 (BN) -15 (PAS 14, PKR 1) dalam DUN yang mempunyai 32 kerusi.

Ahmad Razif Abdul Rahman, ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-14 menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. Pelantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar pula menjadi perhatian kerana Ahmad Said yang terkenal dengan gelaran ‘nelang’ atau ‘berani melawan’ pada mulanya enggan meletak jawatan dan mengugut keluar parti sebaik meletak jawatan Menteri Besar bersama 2 ADUN lain (Bukit Besi dan Ajil) menyebabkan kerajaan pimpinan Razif ‘terumbang ambing’ tanpa majoriti beberapa hari ekoran kemelut ini walaupun akhirnya mereka akhirnya akur terus kekal dalam BN.

Selepas setahun petadbiran Ahmad Razif, sekali lagi Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu menggegarkan negara bila dia memfailkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran Menteri Besar tetapi berjaya diselamatkan oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong bila usul itu ditolak.

Setakat ini, rasanya belum dalam sejarah politik Terengganu seorang Menteri Besar dimalukan sebegini rupa oleh ADUN daripada partinya sendiri, tetapi tindakan Ahmad Razif tidak meletakkan jawatan seolah-olah tidak faham akan isyarat terang lagi bersuluh yang cuba disampaikan.

Ahmad Razif dikatakan bernasib baik kerana PAS tidak membuat ‘onar’ tidak akan masuk campur isu pertukaran Menteri Besar Terengganu yang hangat diperkatakan dan tetap berpegang kepada semangat demokrasi yang ada bila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ADUN Rhu Rendang berkata PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat tanpa mencampuri apa yang disifatkannya sebagai ‘masalah rumah tangga Umno’

Tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dengan tidak mengambil kesempatan politik diatas apa yang berlaku kepada Umno hari ini dipuji pelbagai pihak walaupun umno berada dihujung tanduk bila-bila masa sahaja Umno boleh tumbang tidak seperti yang dilakukan oleh Umno yang menculik beberapa ADUN PAS dan mengadakan usul undi tak percaya hingga tumbangnya kerajaan, Menteri Besar Hj Daud Samad pada tahun 1961.

Jika PAS berdendam dengan Umno dan mengucar kacirkan pentadbiran kerajaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang tak sampai 2 tahun bila beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014, rasanya kerajaan beliau akan tumbang bila Ahmad Said tidak akan undur kebelakang dengan usul undi tidak percaya kepada beliau.

Ahmad Razif kekal MB Terengganu hingga PRU ke-14?

Dalam kemelut politik Terengganu yang berpanjkangan, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak memaklumkan Ahmad Razif Abdul Rahman kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan beliau akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa pada 1 Mei 2016.

Dipetik dari laporan Bernama,  Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri berkata, perkara itu telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ketika beliau menghadap baginda bagi membincangkan tentang kedudukan Menteri Besar Terengganu.

Hingga sekarang banyak pihak meramalkan Umno tidak akan memperjudikan nasib dengan meletakkan Ahmad Razif sekali lagi sebagai calon Menteri Besar untuk mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.
Pengalaman mereka selepas PRU ke-12 berhadapan dengan isu Idris Jusoh yang tidak diterima oleh pihak Istana untuk dilantik sebagai Menteri Besar semula dahulu sudah cukup untuk memberikan satu pengajaran kepada parti tersebut.  

Sekarang ini beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh Umno untuk dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu andainya keputusan masih memihak kepada parti mereka selepas PRU ke-14 nanti. {/mprestriction}

- Advertisement -