PAS rai kejayaan pemegang PhD Fizik termuda

- Advertisement -
SUNGAI PETANI: Kejayaan Naja Nadiera Omar, 24, memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Phd) ketika di usia muda bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarganya, malah turut dikongsi PAS Kedah.
 
Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Alor Setar iaitu sekolah milik penuh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah selama dua tahun iaitu di tahun empat dan lima.
 
Kecemerlangan beliau dalam bidang pelajaran menonjol sejak di sekolah rendah lagi selain turut mengikuti kelas tahfiz Al-Quran semasa di SRIDU dahulu.
 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali bersama jawatankuasanya telah meluangkan masa berkunjung ke rumah Nadiera di Taman Sejati, Sungai Petani.
 
Kunjungan itu bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang berjaya menempa kejayaan di usia muda, tetapi juga kepada ibu bapanya atas didika  sehingga memperoleh kejayaan sedemikian.
 
Naja Nadiera menjadi pemegang PhD termuda dalam bidang Fizik sempena Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru-baru ini.
 
Beliau sebelum ini memperolehi keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di universiti sama dan di tawarkan mengikuti Program PhD Fast Track USM dalam bidang pengkhususan BioFizik.
 
Ayahnya pernah memegang jawatan sebagai Bendahari PAS Kawasan Sungai Petani pada penggal lalu. – HARAKAHDAILY 9/11/2017
- Advertisement -