Ustaz Mad Iraq selalu pesan…

- Advertisement -

DATUK Mohamad Daud Iraqi mesra dipanggil Ustaz Mad Iraq, jiran saya di Kg Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu.

- Advertisement -

Sama-sama sembahyang berjemaah di Masjid Mardhiah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Masjid itu dibuat di atas tanah Almarhum Datuk Mohamad Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan ayah mertua Ustaz Mad Iraq.

azman madSelepas sembahyang subuh, saya selalu duduk mengadap Ustaz Mad Iraq yang juga mesra kami panggil Ayah Mad untuk mendengar kisah-kisah perjuangan dari beliau. Mungkin kerana kami sama-sama lepasan pengajian dari Iraq, menyebabkan ada banyak perkara yang selalu dikongsi bersama.

Tutur kata orang lama penuh kejernihan dan sarat dengan pengalaman. Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan dan beberapa lagi jawatan dalam parti.

Ustaz Mad Iraq selalu pesan, “Dalam berjuang ni kita akan jumpa belaka, ada pahit, ada manis. Pahit atau manis kita kena telan belaka. Kalau boleh kunyah sebelum telan, kunyah dulu. Kalau tak boleh kunyah sebab pahit, pakai telan gitu saja. Kehek jangan sekali.”

Dah bertahun Ustaz Mad Iraq dalam keuzuran akhirnya pada petang ini, Rabu 8 November 2017, Ayah Mad pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. 

إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Orang-orang lama dalam parti seorang demi seorang pergi meninggalkan kita dalam keadaan mereka istiqamah sampai akhir hayat. Meninggalkan kepada kita tugasan perjuangan yang belum selesai untuk disambung. – HARAKAHDAILY 8/11/2017

 

- Advertisement -