Tengkujuh: Minyak naik sempitkan lagi hidup rakyat

- Advertisement -

PADA musim tengkujuh ini ketika rakyat sedang berdepan dengan kesempitan hidup lantaran cuaca yang tidak menentu dan banjir yang belum pulih sepenuhnya di Pulau Pinang dan Kedah serta Perak, sepatutnya kerajaan berfikir bagaimana beban rakyat boleh dikurangkan.

- Advertisement -

dr azman1“Di waktu sebegini, pisau menoreh getah terpaksa disimpan dan bot nelayan terpaksa berlabuh di pangkalan.

“Masyarakat bawahan seperti nelayan dan penoreh, rata-rata mereka tidak mempunyai simpanan untuk digunakan di musim tengkujuh sebegini,” ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Katanya, ketika masih boleh bekerja sekalipun, mereka terkial-kial untuk meneruskan kehidupan, apatah lagi apabila terpaksa ‘bercuti tanpa gaji’ yang tidak pasti berapa lama tempohnya.

“Setiap hari mereka memerhatikan titisan air hujan yang turun bersama jatuhnya air mata rakyat marhaen,” ujarnya lagi.

Semalam, katanya ketika singgah mencari ikan di Pasar Tok Bali Pasir Puteh, ikan selar kuning saiz biasa yang harganya RM8 sekilo telah melambung menjadi RM14 sekilo!

Tambahnya, dalam keadaan sempit sebegini, kerajaan memilih untuk menyempitkan lagi kehidupan rakyat dengan kenaikan harga minyak pada kadar tertinggi setakat ini sebanyak 7 sen seliter bagi RON95.

“Inilah minyak rakyat marhaen. Tiada dalam kamus kenderaan mereka isi minyak RON97.

“Jelas derita yang sedang ditanggung rakyat tidak menjadi soal pertimbangan kerajaan dalam menaikkan harga minyak. Inilah kerajaan BN!” ujarnya.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.31 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.60 seliter yang berkuatkuasa 9 hingga 15 November. – HARAKAHDAILY 8/11/2017

- Advertisement -