Perluaskan ‘flexi system’ kepada pegawai perubatan

Nik Abduh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluaskan ‘flexi system’ kepada pegawai perubatan dan tidak terhad kepada pegawai hospital sahaja.

- Advertisement -

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh merujuk kepada negara Eropah yang telah membuat kajian yang menunjukkan kerja berlebihan akan memberi kesan yang begitu negatif kepada soal sosial dan juga kesihatan.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, 1 November lalu, Ustaz Nik Mohamad Abduh berkata, di negara Eropah telah digubal satu polisi ‘working time directive’ yang bertujuan memandu aturan waktu bekerja bagi pegawai perubatan.

Menurutnya, ini termasuklah purata bekerja kurang daripada 48 jam dalam seminggu berbanding di negara ini sebagaimana yang dinyatakan Menteri Kesihatan sehingga lebih 60 jam.

Beliau turut mengemukakan pertanyaan adakah Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan untuk meneliti satu panduan yang lebih khusus supaya risiko keselamatan doktor dan pegawai perubatan ‘post call’ yang akan memulakan perjalanan pulang lebih terjamin.

Ini kerana, katanya, telah terdapat beberapa kes yang melibatkan pegawai perubatan ‘post call’ mengalami kemalangan akibat bekerja sehingga 33 jam.

Beliau menjelaskan, kes tersebut seperti yang berlaku ke atas Dr Nurul Huda Ahmad yang mengalami kemalangan serta meninggal dunia dalam perjalanan pulang selepas bertugas.

“Adakah pihak kerajaan mempunyai satu ketelitian terhadap panduan khusus risiko keselamatan?” soalnya.

Menjawab soalan yang dikemukakannya itu, Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr S Subramaniam berkata, pada masa sekarang pun kelonggaran diberi kepada tiap-tiap hospital mengikut budi bicara mereka dan mengikut keperluan mereka supaya ketua-ketua jabatan di hospital masing-masing boleh memberi masa ‘time-off’ kepada pegawai yang menjalankan tugas.

Terdahulu, Ustaz Nik Mohamad Abduh dalam soalan asalnya meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian akan memperhalusi garis panduan waktu bekerja bagi Pegawai Perubatan bagi mengelakkan kes-kes kemalangan Pegawai Perubatan yang pulang selepas bekerja 34 jam tanpa henti.{/mprestriction}

- Advertisement -