Pasar Siti Hajar makin dapat sambutan

- Advertisement -

BAGI merancakkan lagi perniagaan di Pasar Siti Hajar, Dewan Usahawan Kelantan (Duke) akan menganjurkan karnival tidak lama lagi.

- Advertisement -

Katanya, karnival tersebut dirancang selepas program jualan ikan murah Jumaat dan Sabtu lepas mendapat sambutan menggalakkan.

Pengerusinya, Ustaz Zaki Zakaria berkata, pihaknya akan mengadakan karnival dalam masa terdekat bagi membantu mempromosi pasar baharu tersebut.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Sekarang Pasar Siti Hajar semakin meriah dengan urusan jual beli dan gerai jualan sudah memulakan operasi. Pengunjung pun semakin ramai setiap hari,” katanya di sini.

Pada 27 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) untuk membatalkan tuntutan saman 258 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh.

Persatuan Peniaga Kecil dan Pembekal Pasar Besar Pasir Puteh sebelum ini mendakwa sebilangan besar peniaga enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar.

Isu terbabit menjadi hangat apabila ada parti politik berlagak mahu menjadi juara. Namun sebahagian peniaga sudah berpindah ke pasar baharu akhir Oktober lepas.

Zaki juga berkata, program jualan ikan murah yang dianjurkan Duke di perkarangan tempat parkir kereta di Pasar Siti Hajar mendapat sambutan memberansangkan.

“Sebanyak satu tan ikan dari selayang, tongkol, lolong dan cencaru dijual dengan harga RM5 sekilogram habis dalam tempoh tidak sampai sejam.

“Setiap pembeli hanya dibenarkan membeli sehingga dua kg sahaja. Mereka juga melihat sendiri suasana pasar baru yang lebih selesa dibandingkan pasar lama,” katanya.{/mprestriction}

- Advertisement -