PAS yakin mampu pertahan Kelantan

- Advertisement -

PILIHAN raya umum (PRU) ke-14 tentunya menjadi detik penentu bagi setiap parti politik. Begitu Kelantan kini melewati enam penggal pentadbiran di bawah PAS, bermula PRU 1990. Hampir 23 tahun Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menahkoda Kelantan. Namun PRU kali ini kaptennya Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Cabarannya ternyata begitu sengit, lebih-lebih lagi PAS berada di antara dua pakatan politik. Oleh itu bagi melihat dari dekat cabaran PRU-14 ikuti temubual LANJUSOH bersama Menteri Besar ketika ditemui baru-baru ini.  

- Advertisement -

Harakah: Apa tawaran PAS Kelantan bagi menghadapi PRU-14?

Menteri Besar: Secara umumnya kita sedang mengumpul maklumat. Kita juga sudah semak manifesto yang ditawarkan sebelum ini terutamanya yang sudah dilaksanakan.

Kemungkinan kita akan mengulangi mana-mana tawaran PRU-13 yang kita belum dapat laksanakan. Itu bukan sengaja tidak dilaksanakan namun kerana kekangan kewangan yang belum mengizinkan.

Misalnya pembinaan stadium wanita memerlukan dana yang besar. Tetapi kita berhasrat untuk memberi peluang riadah kepada golongan wanita. Hasrat kita untuk membolehkan wanita beriadah di tempat berasingan seperti stadium.

Tawaran seperti itu kita akan teruskan. Kita sedang merangka beberapa perkara penting lagi bagi kebaikan rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 8/11/2017

Laporan penuh dalam Harakah cetak 2296

- Advertisement -