Langkah kerajaan pupuk kesedaran buli siber dipersoal

taki3
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan langkah proaktif yang dilakukan kerajaan dalam usaha memupuk kesedaran kepada masyarakat berkaitan kesan buruk kegiatan buli siber.

- Advertisement -

Memandangkan kegiatan buli siber dilihat berlaku dengan meluas, Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata, fenomena sedemikian tidak baik untuk negara dan memerlukan penyelesaian segera.

Menurutnya, fenomena buli siber ini membimbangkan apabila ada mangsa-mangsa kepada buli siber ini bertindak membunuh diri.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Apakah langkah ataupun tindakan yang dibuat oleh kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa beratnya kesan daripada kegiatan buli siber ini?” soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat, 6 November lalu.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Jailani Johari berkata, kemudahan ICT yang makin meningkat telah menyebabkan kanak-kanak di peringkat seawal usia yang muda didedahkan dengan teknologi ini.

Bagaimanapun, katanya, terdapat jurang teknologi yang agak jauh antara ibu bapa dan juga kanak-kanak, yang memerlukan setiap ibu bapa mengambil peranan penting.

“Di sinilah perlunya kita sebagai ibu bapa mengambil peranan untuk membantu anak-anak kerana kita tahu anak-anak ini kadang-kala apabila mereka ini mengalami masalah ataupun didedahkan dengan buli siber, mereka perlukan satu tempat rujukan.

“Justeru ibu bapa juga harus didedahkan dengan pengetahuan dan berkemahiran dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang terkini dalam ICT bagi memudahkan mereka berbincang,” kata beliau.

Dalam pada itu, Jailani memaklumkan sekurang-kurangnya hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia terdedah kepada buli siber dan hanya lebih kurang 27 peratus sahaja ibu bapa memainkan peranan untuk berbincang dengan anak-anak mereka.

Justeru, kata beliau, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan beberapa program, sama ada bersama pihak Kementerian Pendidikan ataupun pihak-pihak sekolah bagi memberi pendedahan kepada anak-anak terutamanya bagaimana untuk berkongsi ataupun melayari maklumat-maklumat yang penting.

Sebelum itu, dalam soalan asal, Dr Ismail Daut (BN-Merbok) meminta kementerian menyatakan berapakah jumlah kes kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang tercatat sepanjang tahun ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menambah baik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) ini.{/mprestriction}

- Advertisement -