Bengkal keselamatan Maahad Tahfiz Selangor

yunus
- Advertisement -

BENGKEL garis panduan keselamatan dan seminar pengurusan Tahfiz melibatkan Maahad Tahfiz seluruh Selangor sama ada berdaftar atau tidak berdaftar akan diadakan pada 15 November 2017.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, ia ekoran kerajaan negeri memandang serius tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, kampung Dato’ Keramat  

Beliau berkata, selepas insiden tersebut di Selangor berlaku lagi kebakaran melibatkan Maahad Tahfiz iaitu Pusat Tahfiz Nur Al-Quran batu 4, jalan Pengkalan, Rantau Panjang pada 9 oktober 2017.

Selepas itu katanya kebakaran juga berlaku di Akademi Tahfiz Ihyaul Quran, kampung Bukit Lancong pada 22 Oktober 2017.

“Ekoran tragedi tersebut satu Jawatankuasa Pemandu telah dibentuk dan saya sebagai Pengerusi. Timbalan Pengerusi SS Dato’ Pengarah JAIS; Setiausaha KPP BPI JAIS, Ahli Jawatankuasa terdiri daripada pelbagai agensi temasuk MAIS, Pengarah Jabatan Pendidikan, Pendidikan Jakim, Jabatan Pelajaran Selangor; Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor; Jabatan Kesihatan Selangor; Timbalan Pengarah PBT UPEN, Datuk Bandar dan YDP PBT serta Pengerusai PITAS,” katanya.

Menurut beliau, jumlah pelajar dan sekolah tahfiz Selangor dari Maahad Tahfiz Negeri (MITS) empat sekolah seramai 1017 pelajar manakala maahad Tahfiz Persendirian sehingga oktober 2017 berdaftar 262 sekolah dengan 17,440 pelajar dan 1,995 guru.

Tambah beliau, manakala yang tidak berdaftar berjumlah 127 sekolah dengan 2862 pelajar 346 guru serta jumlah keseluruhan 393 sekolah dan 21,319 pelajar.

Katanya, setakat ini kerajaan negeri tidak dapat mengemukakan jumlah Maahad Tahfiz Persendirian yang tidak mendapat KM atau kelulusan pelan bangunan daripada PBT kerana permohonan pendaftaran sekolah-sekolah tersebut kepada JAIS sebelum ini tidak menekankan aspek tersebut.

Beliau berkata, melalui PITAS dan pendekatan sumbangan Sekolah Agama Rakyat daripada kerjaan negeri sejak tahun 2008 telah dapat menggalakkan pendaftaran Maahad Tahfiz Persendirian. – HARAKAHDAILY 8/11/2017

- Advertisement -