PAS Taman Tas sedia hadapi PRU14

- Advertisement -
PAYA BESAR: UPU PAS Taman Tas telah melancarkan bilik operasi yang baharu dengan disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Panching, Mohd Azhar Mohd Noor di sini, semalam.
 
Menurut beliau, bilik operasi tersebut membuktikan kesungguhan para petugas di situ bekerja untuk memenangkan PAS di Dun Panching.
 
“Bermula malam ini hingga menjelangnya PRU kelak, bilik operasi ini hendaklah sentiasa beroperasi,” seru beliau pada majlis yang berlangsung dalam hujan renyai-renyai tetapi menerima kehadiran ramai itu.
 
Ketua Penerangan PAS Kawasan Paya Besar, Amran Sidek yang turut hadir menegaskan, UPU Taman Tas bakal menghadapi cabaran besar untuk membantu pertambahan undi pada PRU14 kelak.
 
Menurutnya, pada PRU yang lepas, UPU itu membantu mengurangkan majoriti kemenangan BN dengan sokongan kaum bukan Melayu.
 
Namun katanya, dengan senario politik semasa di mana kaum bukan Melayu dijangka menyebelahi PH, maka PAS hendaklah bersedia dengan kemungkinan berbeza.
 
Justeru, beliau mengharapkan semua ahli PAS Taman Tas bekerja lebih kuat untuk terus membantu PAS mengekalkan kemenangan yang besar di UPU ini. – HARAKAHDAILY 7/11/2017
- Advertisement -