‘Walkhunt’ dekati dan maklumatkan pengundi

- Advertisement -
PADANG BESAR: Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah menggiatkan keaktifan jenteranya untuk mendekati pengundi dengan menganjurkan ‘Walkhunt’.
 
Program berkonsepkan pertandingan itu menghendaki setiap kumpulan mengadakan ziarah ke rumah pengundi sasaran dan melaksanakan beberapa tugasan ditetapkan.
 
Melaluinya, pengundi juga disantuni dan disampaikan maklumat semasa berkaitan PAS di mana kumpulan paling banyak menziarahi pengundi dikira sebagai pemenang.
 
Inisitif kreatif dan julung kali diadakan itu telah dilakukan pelepasan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Besar, Mohammad Ali Putih dan dilaksanakan, di sini kelmarin.
 
Siri Kedua dan Ketiga Walkhunt itu akan diadakan lagi pada 12 November nanti dalam Parlimen Kangar, manakala untuk Parlimen Arau pada 18 November kelak. – HARAKAHDAILY 6/11/2017
- Advertisement -