SAR kekal dianaktiri BN

MAzmiAH
- Advertisement -

DALAM keadaan peruntukan dan kemudahan diberi kepada sekolah kebangsaan dalam jumlah yang sangat besar, Sekolah Agama Rakyat (SAR) kekal dianaktirikan selepas tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

- Advertisement -

Peruntukan RM10 juta kepada sekolah-sekolah Maahad Tahfiz yang berdaftar sebagai peruntukan untuk membaikpulih sistem pendawaian di sekolah-sekolah tersebut dalam Bajet 2018 adalah sejumlah angka yang amat mendukacitakan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggambarkan Bajet 2018 kelihatan seolah-olah menyisihkan SAR dan terus dianaktirikan kerajaan apabila tidak mendapat pertimbangan kerajaan yang sewajarnya.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Ratusan ribu anak-anak Melayu menjalani pendidikan Islam secara tersendiri di SAR tidak boleh dipandang rendah. Walaupun mungkin mereka tidak mencapai akademik yang tinggi akan tetapi keazaman mereka menuntut ilmu Islam seharusnya diberi perhatian.

Sejak dari dulu SAR mendapat sokongan daripada rakyat. Dengan segala kekurangan, SAR tetap berusaha memberi pendidikan yang terbaik. Apa yang sepatutnya diberi pertimbangan ialah menambahbaik dan melengkapkan lagi institusi tersebut,” katanya.

Terdahulu, kesan daripada 11 September 2001, SAR telah digambarkan sebagai institusi yang melahirkan keganasan kepada umat Islam dan dunia luar menyebabkan bantuan per kapita yang dinikmati sejak kemerdekaan telah dihentikan sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.{/mprestriction}

- Advertisement -