Plaza tol yang paling lama bertahan

- Advertisement -

LEBUHRAYA Kuala Lumpur-Karak sepanjang 60 km dibina pada tahun 1974 dan siap sepenuhnya serta dibuka kepada pengguna pada tahun 1977.

- Advertisement -

Kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan tol bagi membiayai kos pembinaan memandangkan ketika itu Malaysia adalah sebuah negara pertanian.

Dr Azman2Setelah Perdana Menteri bertukar dari Tun Abdul Razak kepada Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tol Gombak dan Tol Bentong di lebuh raya ini masih ada.

Faktanya, inilah dua plaza tol yang paling lama bertahan dalam negara dan nampaknya ia akan terus bertahan dan kadar tolnya akan terus naik. Sekarang anda perlu ‘menderma’ RM3.50 di Plaza Tol Bentong dan RM6 di Plaza Tol Gombak. Di antara penderma tegar di dua plaza tol ini ialah saya!

Kita boleh terima lebuh raya ini dikenakan tol ketika ekonomi negara masih berasaskan pertanian di tahun 70-an dan 80-an. Masih lagi kita boleh berlapang dada bayar tol di tahun 90-an.

Tapi sekarang dalam keadaan perkembangan ekonomi negara diisytiharkan oleh Perdana Menteri dengan kadar 5.6% yang diumumkan dengan gah bahawa Malaysia termasuk dalam senarai 25 negara paling membangun ekonomi dalam dunia, tapi tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih kekal.

Pembayarnya ialah pengguna dari Pantai Timur yang nak ke Lembah Kelang. Kami orang Pantai Timur ini miskin. Bukan macam warga kota yang banyak duit. Batalkan tol di Lebuhraya Karak bermakna mengambil cakna kebajikan orang miskin seumpama kami. Kalau kerajaan boleh ‘batalkan’ tol untuk warga kota, kenapa yang ni tak boleh. Atau paling kurang turunkan kadar tol.

Sekarang bayaran di Plaza Tol Karak, Bentong dan Gombak melaksanakan sistem bayaran elektronik sepenuhnya. Top up untuk Touch N Go paling minima RM10. Orang Pantai Timur bukannya lalu plaza tol hari-hari. Bila duit dalam Touch N Go tak habis akhirnya ‘burn’ begitu sahaja. Yang untungnya siapa. Nak lalu lebuh raya kena bayar deposit siap-siap!

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
4 November 2017 – HARAKAHDAILY 4/11/2017

- Advertisement -