Peruntukan SAR langkah sangat baik

yunus
- Advertisement -

PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi bersyukur kerana Bajet kerajaan negeri kali ini memberi peruntukan kepada sekolah Agama Rakyat dan ia merupakan satu langkah yang sangat baik.

- Advertisement -

Katanya, ia merupakan peningkatan bantuan SAR dan juga peruntukan kepada sekolah-sekolah Tahfiz yang pada hari ini cukup terbuka kepada risiko kebakaran dan sebagainya.

Beliau yang juga Adun Sijangkang berkata dengan adanya peruntukan tersebut semua SAR boleh dinaiktaraf serta melengkapkan segala peralatan keselamatan.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Walaupun katanya, pendaftaran sekolah Tahfiz di Selangor berjumlah 262 buah sudah didaftarkan tetapi sebahagian besar tidak memenuhi faktor keselamatan.

“Saya sangat mengharapkan semua 127 sekolah dikenalpasti belum didaftarkan perlu didaftarkan. Ini supaya kita dapat melihat apa yang kita boleh bantu terutamanya daripada soal keselamatan,” katanya.

{/mprestriction}

- Advertisement -