PAS Pahang terbit risalah Sejahtera

- Advertisement -

JABATAN Penerangan PAS Pahang (Japen) menerbitkan risalah percuma, Sejahtera yang berada di pasaran dua kali sebulan.

- Advertisement -

Risalah itu diterbitkan lapan muka surat diedar percuma kepada ahli dan orang ramai.

Edisi sulung berada di pasaran pada 1 November lepas. Manakala edisi kedua akan menemui pada penghujung bulan ini.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Pengarah Japen, Firuz Hisham Nordin berkata, risalah Sejahtera diterbit untuk menyampaikan info parti dan isu semasa kepada ahli dan orang ramai.

Katanya, melalui risalah tersebut diharap maklumat parti dapat disebar luas kepada masyarakat.

“Kita tidak mempunyai banyak media seperti pihak lawan. Apa sahaja yang ada kita manfaatkan semaksima mungkin termasuk melalui media sosial.

“Sekurang-kurangnya orang ramai sedar keberadaan PAS dalam masyarakat dan mereka tahu apa yang PAS buat,” katanya.

Risalah tersebut diedar kepada 14 kawasan parlimen di Pahang. Penerbitannya dicetus Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar.{/mprestriction}

- Advertisement -