Pahang negeri pertama lancar Assabiqun

- Advertisement -

VETERAN PAS, Subky Latif mengajak golongan veteran PAS memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan semua golongan dalam parti ke arah perpaduan parti
 
Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab Assabiqun PAS Pahang di Kuantan, Subky berkata, golongan Assabiqun ini sudah bergerak beberapa tahun lalu atas nama Kelab Veteran PAS.
 
Kataya, golongan Assabiqun iaitu ahli PAS berusia 60 tahun ke atas berjumlah 300,000 orang daripada 1 juta ahli PAS di seluruh negara dan mereka ini adalah penggerakkan parti pada masa lalu dan kini masih ramai yang aktif. Sebahagian daripada mereka menjadi pemimpin di peringkat cawangan, kawasan dan negeri.
 
Menurut Subky, Pahang adalah negeri pertama yang melancarkan Kelab Assabiqun ini sebelum PAS pusat melancarkannya. Assabiqun Pahang dipimpin oleh Ustaz Ismali Mohamad (Ayah Ngah).
 
“Assabiqun ini adalah mata rantai dalam perjuangan PAS dan ia adalah produk bongsu PAS,” katanya.
 
PAS sebelum ini mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi golongan bukan Muslim dan ARC, Unit Amal A4C untuk golongan muda serta Ameerah, Nuzaibah dan Nina untuk muslimat dan kini Assabiqun bagi golongan warga emas atau Otai  PAS pula.
 
Jelas Subky, golongan Assabiqun ini mampu memberi pandangan kedua di samping menegur kepimpinan parti bukan merosakkan parti tetapi sebagai pelengkap kepada parti.
 
“Assabiqun ini mampu berperanan menghalang ahli keluar parti (PAS) serta mengembalikan ahli yang keluar parti kembali semula kepada parti,” katanya.
 
Hadir sama dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abd Jabar, Sulaiman Md Derus (ahli badan perhubungan PAS Pahang), Ustaz Juniadi Ishak (setiusaha Dewan Ulamak PAS Pahang. – HARAKAHDAILY 4/11/2017

- Advertisement -
- Advertisement -