JKKK Selangor nikmati Belanjawan ‘Fastabiqul Khairat’

- Advertisement -
SHAH ALAM : Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan dan Pembangunan Desa, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata Jawatan Kuasa Kecil Kampung (JKKK) Selangor menerima Belanjawan ‘Fastabiqul Khairat’ untuk membangun bangsa dan memakmur negeri.
 
Katanya, kerajaan negeri menghargai khidmat JKKK yang menjalankan tanggungjawab dalam menyampaikan agenda kerajaan kepada rakyat.
 
Menurut beliau, permintaan untuk menaikkan peruntukan tahunan JKKK untuk program-program rakyat ditunaikan dalam Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor.
 
Katanya, peruntukan itu dinaikkan dari RM10,000 setahun kepada RM20,000.
 
Beliau yang juga Adun Sejangkang berkata, ia melibatkan peruntukan sejumlah RM7,420,000 untuk 371 kampung tradisi di negeri Selangor.
 
“Ini akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti ‘Fastabiqul khairat’ JKKK di kampung masing-masing,” katanya ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2018 Negeri Selangor di Dewan Negeri, 3 November.
 
Beliau berkata, Ketua-ketua Kampung juga akan lebih bersemangat dengan insentif yang bakal diterima pada 21 Disember ini di mana turut terlibat sebagai penerima bantuan khas kewangan sebulan gaji.
 
Fokus naik taraf jalan ladang dan kebun dalam peruntukan RM10 juta cukup melegakan pekebun, peladang dan pengguna jalan-jalan tersebut.
 
Peruntukan-peruntukan itu adalah antara agenda membangunkan masyarakat desa terutamanya kampung tradisi di negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 4/11/2017
- Advertisement -